Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 3


ZARA segera masuk ke dalam wad kelas ketiga itu.Kerisauan semakin mencambah dan menghantui fikirannya kini.YA-ALLAH,selamatkanlah ayah!

        Zara berasa lega apabila melihat ayahnya sedang baring di atas katil yang terletak di tepi tingkap sambil berbual-bual dengan seorang doktor.Zara segera menghampiri mereka.

        ‘’Ayah,ayah tak apa-apa?’’Tanya Zara cemas apabila dia sudah berdiri di tepi katil.

        ‘’Zara,macam mana Zara boleh ada kat sini?’’Tanya Encik Khairil yang jelas terkejut. Dia terbangun dari baringnya. ‘’Ouchh…’’Encik Khairil sedikit mengerang kesakitan.

        ‘’Ayah,ayah tak apa-apa ke?’’Tanya Zara kelam kabut.

        ‘’Pak cik,lebih baik pak cik berbaring dulu sekarang.’’Doktor itu memberikan arahan seraya memegang bahu Encik Khairil lembut.Encik Khairil akur dan berbaring semula.Doktor itu memerhati Zara dari atas ke bawah.

        ‘’Saudari ni anak pak cik ni ke?’’

        ‘’Ya,kenapa?’’

        Doktor itu memandang Zara kembali.Dia menghembus nafas lega.

        ‘’Saya ingatkan saya dah salah faham tadi.’’Doktor itu mengukir senyuman nipis.

        ‘’Oh,ya ke?’’Kata Zara selamba.Dia tahu apa yang dimaksudkan doktor itu. Dengan T-Shirt longgar dan seluar track suit serba biru,ditambah lagi dengan topi dan rambutnya yang pendek,dia memang mirip seorang lelaki tulen.

        ‘’Macam mana keadaan ayah sekarang?”Zara duduk di atas kerusi lalu memegang tangan ayahnya erat.Panggilan yang diterima daripada pak ngah semalam bertul-betul membuatkan dia seperti diserang sakit jantung. Mujurlah Jasmin sanggup menumpangkannya hari ini.Hanya Jasmin saja yang tahu berapa banyak air matanya mengalir kerana terlalu risaukan ayahnya.

        ‘’Jangan risau saudari.Ayah saudari ni tak apa-apa.Dia hanya mengalami sedikit kecederaan kerana terjatuh semalam.’’Apabila melihat Encik Khairil tidak memberi sebarang respons,doktor muda itu memberikan penerangan ringkas.

         ‘’Ayah,macam mana ayah boleh jatuh ni?Zara risau tau tak,takut ada sesuatu yang buruk terjadi pada ayah.’’Zara mengusap tangan ayahnya perlahan. Melihat mata Zara yang sedikit bengkak,hati Encik Khairil tersentuh.Betapa anak itu terlalu risaukan dirinya.

         ‘’Ayah tak apa-apa Zara.Tak payahlah Zara risau sangat.’’

         ‘’Maunya Zara tak risau ayah. Nasib baik perkara ni berlaku kat pejabat,ada jugaklah orang yang nak tolong ayah.Kalau di rumah macam mana?’’Sempat lagi Zara mengomel,meluahkan ketidakpuasan hatinya.Encik Khairil tersenyum.Dia tahu yang Zara sentiasa mengambil berat tentang dirinya.Sama saja perangainya dengan Izham.

          ‘’Zara datang ke sini dengan siapa?’’Encik Khairil mengalih topik.

          ‘’Dengan Min.Kebetulan Min ambik cuti dua hari,nak pergi melawat abangnya yang belajar di London tu.Ayah dia datang ambik,Zara tumpanglah sekali. Pak Cik Rustam kirim salam dengan ayah.’’

          ‘’Waalaikummussalam.Baik betul mereka ya.’’Sebelum sempat Encik Khairil meneruskan ayatnya,dia terbatuk-batuk kecil.

          ‘’Dahlah,ayah berehat dulu ya.’’Zara mengubah posisi bantal ayahnya.Encik Khairil hanya menurut,tambahan pula dia memang sudah mengantuk setelah diberi makan ubat oleh jururawat tadi.

         Setelah Encik Khairil berbaring,Zara menyelimutkan ayahnya.Beberapa ketika kemudian,Encik Khairil terlelap.Zara berasa simpati melihat tidur ayahnya yang begitu nyenyak itu.Selama ini ayahnya tidak pernah cukup tidur dan rehat kerana terlalu sibuk dengan kerja dan masalah hutang yang menghimpit.

        ‘’Nyenyak betul ayah saudari tidur.’’Kata-kata yang terkeluar dari mulut doktor muda itu mematikan lamunan Zara.Zara sekadar mengangguk.Dia bangun dari duduknya.

        ‘’Bila ayah saya boleh keluar doktor?’’

        ‘’Insya-ALLAH kalau keadaan mengizinkan,esok dia sudah boleh keluar.’’Jawab doktor itu.Zara meraba poket seluarnya.Sekarang dia hanya mempunyai wang tunai RM50.

          Tak cukup ni nak bayar,detik hati Zara.Dia mengeluh.

         ‘’Saudari jangan risau,semua kos perubatan sudah dilunaskan semalam.’’Bagaikan tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Zara,doktor muda itu berkata.

         ‘’Dah dilunaskan?’’Zara terkejut. ‘’Oleh siapa?’’

         ‘’Seseorang yang bernama Datuk Azri.Saudari kenal dia?’’

         ‘’Kenal.Dia bapa saudara saya.’’Zara kembali memandang ayahnya. Bapa saudaranya itu memang baik,begitu juga dengan isterinya.Tapi…Zara menghempaskan keluhan.

         ‘’Doktor Ilham! Doktor Ilham!’’Sebelum sempat doktor muda itu memulakan kata,seorang jururawat datang tergesa-gesa.

         ‘’Kenapa Salima?’’Tanya Doktor Ilham.Wajah yang tadinya selamba bertukar menjadi serius.Cermin mata yang dipakai memperlihatkan lagi kematangannya.

         ‘’Ada seorang pemuda ditimpa kemalangan jalan raya.Dia sekarang sedang dihantar ke wad kecemasan.’’Jururawat itu memberikan penerangan dalam keadaan dirinya yang kepenatan setelah berlari-lari tadi.Badannya yang montel menambahkan keletihannya.

         Tanpa berkata apa-apa lagi,Doktor Ilham segera berlalu pergi dari situ.Zara hanya memerhatikan langkah doktor itu dengan ekor matanya.

          Lima belas minit berlalu.Zara terus duduk di kerusi bersebelahan katil ayahnya sambil membelek-belek majalah kesihatan yang disediakan.Tiada apa yang begitu menarik perhatian.Kebanyakannya hanya memaparkan penyakit umum seperti campak dan demam biasa.Tiba-tiba,tekak Zara terasa haus pula.

        Zara melangkah ke kafeteria yang terletak tidak jauh dari wad ayahnya ditempatkan.Ketika dia melalui wad kecemasan,Doktor Ilham tiba-tiba keluar dari bilik itu dan pergi ke arah seorang wanita separuh abad yang sedang duduk di bangku menunggu.Apabila nampak saja Doktor Ilham,wanita itu segera bangun dari duduknya.

        ‘’Macam mana dengan keadaan tuan saya doktor?’’Tanya wanita itu dengan cemas. Doktor Ilham hanya terpaku dengan wajah serba-salah.

        ‘’Doktor,macam mana keadaan tuan saya.Tolonglah beritahu saya keadaannya.’’Tekan wanita tua itu.Dahinya yang berkedut berkerut seribu memperlihat keresahannya.

        ‘’Keadaannya begitu kritikal sekali mak cik.Dia kehilangan banyak darah.Bekalan darah hospital ini untuk jenis darahnya tak mencukupi.Kalau dia tak dapat darah….’’Doktor Ilham kelihatan tidak sanggup untuk meneruskan penjelasannya.Air mata wanita itu mengalir laju membasahi pipinya.

        ‘’Ambillah darah saya doktor.Ambillah darah saya sebanyak mana yang diperlukan asalkan nyawa tuan saya dapat diselamatkan.’’Nada suara wanita itu kedengaran merayu.Hati Zara tersentuh mendengarnya.Begitu besar sekali pengorbanan yang wanita tua itu mahu lakukan.Mesti tuannya itu amat bermakna untuk dirinya.

         Doktor Ilham mengeluh. ‘’Mak cik,jenis darahnya adalah jenis darah yang amat sukar sekali untuk didapati.Tambahan pula kalau darah mak cik sesuai sekalipun dengannya saya tidak boleh mengambil risiko. Saya takut nyawa mak cik pula yang akan terancam nanti.’’

         ‘’YA-ALLAH,bantulah hamba-MU ini.’’Wanita itu merintih sendirian sambil menadah tangannya.Pilu Zara melihat situasi itu.Betapa peritnya apabila terpaksa memikirkan yang kita akan kehilangan orang yang disayangi.Abah,mak,Abang Ayi…

         Dengan pantas Zara mengorak langkahnya mendekati Doktor Ilham dan wanita tua itu.

         ‘’Assalamualaikum…doktor,mak cik.’’

         ‘’Waalaikummussalam…’’Doktor Ilham mengalihkan pandangannya kepada Zara.

         ‘’Saudari buat apa di sini?’’Tanya Doktor Ilham pantas.Wajahnya serius.

        ‘’Kalau darah saya sesuai dengan pemuda ni,Doktor Ilham boleh ambil darah saya.’’

         ‘’Betul ke nak?’’Wanita tua itu menerpa ke arah Zara dan meminta kepastian.Wajahnya kelihatan sedikit bercahaya.Zara mengangguk untuk meyakinkan lagi wanita separuh abad itu.

          Wanita itu memeluk Zara dengan erat.Air matanya semakin deras mengalir.

         ‘’Darah saudari jenis apa?’’Tanya Doktor Ilham sambil mengerling jam tangannya.Dia juga tak mahu melengahkan waktu lagi.

         ‘’Jenis O.’’Jawab Zara pantas.Kelihatan raut wajah Doktor Ilham yang serius berubah sedikit ceria mendengar jawapan Zara.Wajahnya yang keruh kelihatan lega.

         ‘’Kita lakukan pemeriksaan dulu. Sekiranya darah saudari sesuai,kita boleh lakukan pendermaan darah.’’

No comments:

Post a Comment