Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 4


‘’NAK…’’Suara seorang perempuan kedengaran menyapa.Zara menoleh.Mak Wani sedang berjalan mendekatinya sambil tersenyum.

         ‘’Oh,Mak Wani rupanya.’’Zara juga mengukir senyuman kepada wanita tua yang pernah ditolongnya semalam itu.

         ‘’ Puas Mak Wani cari Zara.Nasib baik terserempak dengan Zara di sini.’’

         ‘’Zara nak pergi cafeteria ni.Kenapa Mak Wani cari Zara?’’

         ‘’Sebenarnya,tuan Mak Wani nak jumpa Zara.Kebetulan sekarang dia pun ada di kafeteria juga.’’

         ‘’Tuan Mak Wani?’’Dahi Zara berkerut.Yang kemalangan semalam tu ke?

         Bagai mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran Zara,Mak Wani melanjutkan kata-katanya. ‘’Bukan Tuan Mak Wani yang kemalangan tu.Yang tu Tuan Muda.Yang nak jumpa dengan Zara ni Tuan Besar, ayahnya.’’

         ‘’Untuk apa,Mak Wani?”Tanya Zara gusar.

         Mak Wani sekadar menjongket bahu.Zara mengikuti langkah Mak Wani ke kafeteria.Dalam hatinya terdetik tanda tanya kenapa ‘Tuan Besar’ itu mahu berjumpanya.

         ‘’Itulah Tuan Mak Wani.’’Kata Tuan Mak Wani sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kafeteria.Seorang lelaki yang berkot hitam dan bercermin mata sedang duduk di meja yang paling hujung sekali.Tangannya yang sedang memegang pen sedang menulis sesuatu di atas sebuah kertas yang mirip sebuah dokumen.

         Apa yang dia buat tu? Soal Zara dalam hatinya.

         ‘’Tuan Besar tu memang sentiasa sibuk orangnya.Kalau dia pergi ke mana-mana tanpa membawa dokumen syarikat yang perlu disiapkan,memang tak sah.’’Bagaikan mengetahui tanda tanya yang bermain di fikiran Zara,Mak Wani memberikan jawapan tanpa ditanya.Zara sedikit tersipu-sipu malu.Sejak tadi wanita itu asyik dapat meneka fikirannya dengan tepat.

         Zara dan Mak Wani menghampiri Tuan Besar itu.

         ‘’Assalamualaikum Tuan Besar.’’Tegur Mak Wani.

        ‘’Waalaikummussalam.’’Lelaki itu mengangkat wajahnya.Saat pandangannya bersabung dengan mata Zara,wajahnya kelihatan sedikit terkejut seperti terlihat hantu.Dia terus terbangun dari duduknya.Zara sedikit tersentak dengan tindakan lelaki itu yang drastik.

        ‘’Kenapa Tuan Besar?’’

       ‘’Siapa gadis ni Mak Wani?’’Tuan Besar menghalakan jari telunjuknya kepada Zara.Zara sedikit cemas tetapi dia cuba berlagak tenang.

       ‘’Dia inilah yang mendermakan darah kepada Tuan Muda,Tuan Besar. Kebetulan ayahnya sedang menerima rawatan di hospital ini.’’Jelas Mak Wani dengan sopan.

         ‘’Ayah?’’Lelaki itu merenung Zara dengan pandangan yang sukar dimengertikan. ‘’Ayah kamu ke?’’

         ‘’Ya.’’Jawab Zara ringkas.

         ‘’Siapa nama ayah kamu?’’Tanya Tuan Besar lagi.

         ‘’Muhd.Khairil.’’

        ‘’Khairil?’’Tuan Besar kelihatan tergamam.Suasana hening menguasai keadaan.Beberapa saat kemudian barulah Tuan Besar mampu mengukir senyuman yang tak diketahui sebabnya.

         ‘’Jemputlah duduk.Maafkan pak cik kalau pak cik mengganggu kamu.’’Tuan Besar duduk semula.

        ‘’Tak mengapa.’’Zara mengangguk.Dia duduk bersebelahan Mak Wani.Tuan Besar terus memandang wajah Zara dengan pandangan seribu erti.Zara berasa tidak selesa.Dia berpura-pura berdehem.Tuan Besar itu tersentak.Dia tersenyum nipis dan meraup rambutnya.

        ‘’Maafkan pak cik.Pak cik terleka tadi.Pak cik tak sangka yang anak pak cik akan dapat memiliki darah gadis semanis kamu.Kalau dia tahu,mesti dia berasa bangga.’’Puji Tuan Besar.

        ‘’Terima kasih.’’Balas Zara.Dia rasa tidak selesa pula dengan pujian lelaki itu terhadap dirinya.

        ‘’Tujuan pak cik nak berjumpa dengan kamu adalah sebab ini.’’Tuan Besar mengeluarkan sesuatu dari beg bimbitnya.Dia menghulurkan sepucuk sampul surat kepada Zara.

         ‘’Surat apa ni?’’ Soal Zara hairan.

        ‘’Bukalah.’’Kata Tuan Besar.Zara tidak banyak soal lagi.Dia membuka sampul surat itu dengan berhati-hati.Dia terkejut apabila melihat isi sampul itu ialah sekeping cek.Nilai yang tertulis begitu tinggi,RM 20 000.

         ‘’Apa ini tuan?’’Tanya Zara pantas.Dia tidak mengerti.

         ‘’Hadiah untuk kamu sebab kamu selamatkan nyawa anak pak cik.’’

         Zara bertambah kaget mendengar jawapan lelaki itu.Dia tidak menyangka yang dia akan menerima habuan sebesar itu semata-mata kerana mendermakan darahnya yang tak seberapa kepada insan yang memerlukan.Zara merenung cek itu buat seketika.Kemudiannya,dia tersenyum nipis dan menggeleng.Dia memasukkan kembali cek itu dalam sampul surat dan menolaknya ke arah Tuan Besar.

          ‘’Kenapa nak?’’Soal Mak Wani yang sejak tadi berdiam diri.Tuan Besar memandang sampul surat itu dan wajah Zara silih berganti.

          ‘’Saya melakukan semua ini dengan ikhlas.’’Jawab Zara dengan tenang.

          ‘’Kamu berhak untuk mendapatkan semua ini atas apa yang kamu lakukan.’’

          ‘’Saya tak berhak kerana semua ini adalah milik ALLAH.Kalau Tuan Besar betul-betul menghargai apa yang saya lakukan,salurkanlah duit ini ke jalan ALLAH.’’

          ‘’Maksud kamu?’’Dahi Tuan Besar berkerut.

          ‘’Bantulah orang-orang miskin dan dermakanlah wang ini kepada masjid.Jumlah ini terlalu besar untuk kegunaan saya dan keluarga saya sedangkan di luar sana lebih ramai insan yang memerlukan.Tambahan pula apa yang saya lakukan ini tidaklah sebesar mana.Semuanya kerana takdir ALLAH.Kalau saya nak dapatkan sesuatu,saya lebih suka mendapatkan melalui usaha saya sendiri.’’

         Tuan Besar terdiam.Dia menundukkan kepalanya seketika seperti sedang berfikir tentang sesuatu.Kemudiannya,dia mengangkat wajahnya.

         ‘’Kamu sungguh berhati mulia,sama seperti…’’Tuan Besar menghentikan kata-katanya.Dahi Zara berkerut. Sama seperti siapa?Adakah lelaki ini mengenali ahli keluarganya?

         ‘’Pedulikan saja apa yang pak cik cakap tadi.Pak cik akan ikut nasihat kamu.’’Tuan Besar tersenyum nipis. ‘’Usaha sendiri ya?’’

         ‘’Hah?’’Kening kiri Zara sedikit terangkat.Dia semakin tidak faham dengan Tuan Besar.Dari tadi lagi dia asyik bercakap sesuatu yang pelik.

         Tuan Besar tidak berkata apa-apa lagi.Dia mengeluarkan sesuatu dari dompetnya dan menghulurkan sekeping kad kepada Zara.

         ‘’Ini kad pak cik.Kalau kamu ada apa-apa masalah,tak perlu segan-segan telefon pak cik.Pak cik sedia menghulurkan bantuan sedaya yang pak cik mampu.’’

         ‘’Tak perlulah susah-susah Tuan Besar.’’Zara cuba menolak.

         ‘’Tiada yang susahnya Zara.Pak cik akan gembira kalau pak cik dapat membantu kamu.Pak cik dah anggap kamu macam anak pak cik sendiri.Senang-senang nanti kamu datanglah rumah.Pintu rumah pak cik sentiasa terbuka untuk kamu.’’

         ‘’Betul tu,Zara.Senang-senang nanti kamu datanglah ke rumah.Bolehlah temankan Mak Wani sekali.’’Tokok Mak Wani pula.

         ‘’Tulah,saya suruh Mak Wani kahwin lagi Mak Wani tak mahu.Tengok,kan sekarang dah kesunyian.’’Usik Tuan Besar.

         ‘’Siapalah yang nakkan saya Tuan Besar.Saya ni dah tua.’’Mak Wani merendah diri.

         ‘’Betul ke tiada siapa yang nak.Saya dengar Pak Othman,tukang kebun kita tu minat kat Mak Wani.Mak Wani yang jual mahal kot.Kalau Mak Wani suka saya tak kisah,lagipun cinta kan tak mengenal usia.’’Tuan Besar ketawa dengan kata-katanya sendiri.

         Mak Wani tunduk menahan malu. Zara juga tertawa kecil.Dalam hatinya terdetik sedikit rasa bersalah kerana berprasangka buruk kepada Tuan Besar.Mendengar kata-katanya sebentar tadi,perspeksi Zara berubah.Dia merasakan Tuan Besar sebenarnya adalah seorang lelaki yang baik.Mesti anaknya juga sama sepertinya.

         ‘’Baiklah Tuan Besar,Insya-ALLAH kalau ada masa saya akan bertandang ke rumah Tuan Besar.’’Ujar Zara ikhlas,tidak lagi kekok seperti tadi.

        

KEDENGARAN bunyi deringan telefon dari ruang tamu.Zara yang sedang membaca di dalam bilik segera menjawab panggilan tersebut.

         ‘’Helo,siapa ni?’’Soal Zara setelah gagang dilekapkan ke telinganya.Buku Prince Charming masih dipegang erat.

         ‘’Apa yang kau buat kat rumah?Tak pergi sekolah ke?’’Pemanggil tadi tidak menjawab tetapi mengajukan soalan kembali dengan nada kasar.Zara merengus.Dia menarik nafas dalam.Dugaan Zara…Dugaan!

         ‘’Adalah hal yang menyebabkan aku ada kat rumah sekarang.Kau tu apasal pulak telefon malam-malam macam ni?Mama tak ada sekarang. Ayah pulak tak balik kerja lagi.’’Zara cuba memberikan jawapan sebaik mungkin.Dia malas nak bertengkar.

         ‘’Pak Long pergi kerja? Hei,Pak Long kan tengah sakit.Yang dia pergi kerja buat apa?’’

         ‘’Manalah aku tau.’’Zara menjawab keras.Orang cakap lembut-lembut,dia tengking-tengking orang pulak!

         ‘’Kau tak tau?Anak jenis apa kau ni hah?Dahlah macam lelaki,berlagak pulak tu.Kalau kau dah anggap yang diri kau tu macam lelaki sangat,pergi kerja.Cari nafkah banyak-banyak.Tak adalah menghabiskan beras saja.’’

         ‘’Mind your own business!’’Tengking Zara.Kesabarannya sudah mencapai tahap maksimun.Tanpa bercakap apa-apa lagi,dia terus menghempaskan telefon.Fariz memang betul-betul menguji imannya.

          YA-ALLAH,berilah aku kekuatan dalam menghadapi semua ini.Baru balik dah kena sabotaj gila-gila punya.Huh!Zara meraup rambutnya yang pendek dan tangan kirinya diseluk ke dalam saku seluar tiga suku yang dipakainya.Salahkah kalau aku selalu memakai T-Shirt,track suit dan topi? Salahkah kalau aku memilih untuk berambut pendek? Bukannya aku reti jaga kalau rambut panjang semua ni.Nanti nampak serabai adalah.Tak pasal-pasal kena kutuk lagi.Kenapalah mereka layan aku macam aku ni teruk sangat?Ah,adik beradik sama saja!

No comments:

Post a Comment