Wednesday 6 June 2012

# Another Story of Adam and Hawa

Kadang-kadang,aku tertanya-tanya,masih wujudkah kasih sayang sejati di dunia ini? Masih adakah orang yang boleh betul-betul ikhlas menyayangiku,tanpa mempedulikan siapa diriku yang sebenar? Aku tercari-cari dalam kegelapan,dan suatu hari,aku telah menemui jawapan kepada apa yang aku cari.Saat takdir menemukan kami...
       ''Hai,boleh saya duduk di sebelah awak?'' Suara itu membuatkan aku tersentak dari lamunanku.Saat aku berpaling,aku melihat seorang lelaki yang sedernana saja orangnya sedang tersenyum memandangku.
       ''Duduklah.'' Balasku acuh tak acuh.Pandanganku diliarkan ke luar tingkap semula,meneruskan lamunanku yang terganggu dek teguran lelaki itu tadi.Wajah ayah yang sedang tersenyum melayang-layang di ruang mataku.
       ''Hai,nama saya Adam.'' Ternyata lelaki itu masih belum puas menggangguku.Aku menghempas keluhan kasar.
       ''Maaf,tapi kalau awak nak duduk sebelah saya lagi,tolong senyap boleh tak.Saya tak suka diganggu.'' Balasku,kasar dan tegas.Lelaki itu terus terdiam.Sepanjang tutorial berlangsung dia tidak membuka mulut lagi.
        Itulah kali pertama aku berjumpa dengan lelaki itu,pemilik nama Muhammad Adam bin Muhammad Aizril.Sejak tutorial itu,Adam tidak berputus asa untuk mendekatiku.Setiap hari dia asyik mencari peluang untuk bercakap denganku sehingga aku naik rimas.Mungkin kerana dia dibesarkan di luar negara,jadi orangnya lebih terus terang.
       ''Awak ni cantik,tapi sombong sangatlah Hawa.'' Komen Adam suatu hari apabila aku hanya membiarkan dia bercakap macam tunggul kayu.
       ''Kalau dah tahu aku sombong,tak payahlah nak bercakap dengan aku.Aku pun bukannya suka sangat dekat-dekat dengan kau.''
       ''Tapi saya suka.'' Adam mengenyitkan matanya kepadaku.Malas aku nak melayan
lelaki yang tak faham bahasa seperti Adam.Ku mengorak langkahku lebih pantas.
       ''Hei,jalanlah perlahan sikit.Nak pergi mana cepat-cepat macam ni? Rumah awak tu bukannya nak lari.'' Kata Adam apabila dia dapat memintasku. ''Jom saya hantar awak balik.''
       ''Aku ada kaki.Aku boleh balik sendiri.''
       ''Janganlah macam tu.Adam dan Hawa kan tak boleh dipisahkan.'' Gurau Adam.Setelah melihat aku menghadiahkan jelingan tajam kepadanya,baru dia berkata semula.
       ''Saya gurau jelah.Kan dah malam ni.Tak selamat perempuan macam awak balik sorang-sorang.''
      ''Selama ni aku balik sorang-sorang selamat je aku.Tak mati pun.''
      ''Manalah tahu nasib awak malam ni tak baik ke? Entah-entah perogol bersiri tengah tunggu awak kat stesen bas tu.''
      ''Lagi baik aku jumpa dengan perogol tu dari bersama dengan kau kat sini.''
      ''Hawa,awak janganlah degil sangat.Bas mana ada malam-malam macam ni.''
      ''Tak apa.Aku rela tunggu kat stesen bas tu sampai bas tu datang.''
      ''Ish,berani sungguh awak ni.Awak tak baca mastika eh, cerita hantu Maisarah yang kena langgar dengan bas tu? Malam-malam macam ni dia sukalah tunggu kat stesen bas,kacau....''
      ''Ish! Apa yang kau nak,hah?'' Jerkahku.Dalam hati,terdetik juga ketakutan mendengar cerita Adam itu.
      ''Hantar awak balik.Senang je kan?"
      ''Yalah,yalah.'' Aku mengalah,malas nak bertengkar dengan lelaki degil seperti Adam.Adam tersengih nakal.
      ''Hawa,suara siapa tu?" Soal Adam apabila mendengar suara wanita mengerang dari dalam rumahku.Aku mengeluh.Dia buat lagi!
      ''Thanks sebab hantar aku balik.Lain kali jangan datang lagi.'' Ujarku sebelum keluar dari dalam kereta.Aku terus masuk ke dalam rumah dan melihat ibu tiriku sedang mengerang kesakitan sambil cuba naik ke kerusi rodanya.
      ''Kau tengok-tengok apa tu? Tolonglah!'' Jerkah ibu tiriku apabila melihat aku hanya tercegat di tempatku.Baru aku perasan rantai emas yang selalu dipakai oleh ibu tiriku telah tiada di lehernya.Pasti anak kesayangan penagih dadah yang dia bangga-banggakan sangat selama ni yang mengambilnya.Aku tersenyum sinis.Padan muka!
       ''Pandai jatuh,pandailah bangun sendiri!'' Ujarku selamba seraya masuk ke dalam bilikku.Dapat kudengar ibu tiriku sedang memaki hamunku di luar.Namun aku tidak peduli.Bukan aku tidak biasa mendengar jerit pekiknya sebelum ini.Sejak kecil telinga aku sudah lali mendengar kata-kata celaan itu.Cuma sejak dia menjadi lumpuh disebabkan kemalangan saja mulutnya senyap sedikit.Sudah penat agaknya.

''ADAM?!!!'' Terkejut sekali aku apabila melihat siapa yang bertandang ke rumahku pada petang itu.Tiada angin,tiada ribut tiba-tiba saja lelaki yang sudah kuisytiharkan sebagai musuhku itu muncul.Apa yang dia nak?
      ''Hai.'' Adam tersenyum seraya melangkah masuk ke rumahku tanpa dijemput. ''Sorrylah aku datang tak beritahu dulu.Sebenarnya aku boring sangat duduk dekat rumah,sebab tulah aku datang sini.Ingat nak ajak kau keluar.''
      ''Tak ada,tak ada.Pergi ajak orang lain.Tak ada masa aku nak keluar dengan kau.'' Halauku.
      ''Ala,janganlah kejam sangat.Kau pun tahu kan aku tak ada ramai kawan sejak aku balik Malaysia.Kaulah satu-satunya kawan aku yang ada.''
     ''Dah kau tu asyik berkepit dengan aku je memanjang,macam mana kau nak ada kawan! Dahlah,pergi balik.''
     ''Tak nak!'' Adam menjelirkan lidah kepadaku.Geram aku dibuatnya.Tiba-tiba,hidung Adam tercium bau yang wangi.
     ''Wanginya! Kau masak eh?'' Kaki Adam terus menuju ke dapur.Aku mengekori langkahnya.Terlupa pula yang aku sedang memasak.
     ''Wah,kebetulan pula.Aku pun tengah lapar ni.Boleh makan kat sini sekali.'' Kata Adam girang.
     ''Jangan nak mengada-ngada.Kau ingat beras kat rumah aku ni free ke?''
     Adam memuncungkan bibirnya. ''Kedekut!''
     ''Hawa! Hawa!'' Tiba-tiba kedengaran suara perempuan tua itu memanggil namaku.Aku mengeluh.Apalah yang dia nak lagi ni?
     ''Adam,kalau kau nak makan kat sini,tolong aku goreng ikan.Kalau tak,dipersilakan balik!'' Perintahku.Adam hanya mengangguk tanpa banyak soal.Aku menuju ke bilik ibu tiriku.
     ''Nak apa?'' Soalku acuh tak acuh setelah membuka pintu balik.
     ''Hey,kau ni nak aku kebulur ke hah? Takkan dari tadi masak tak siap-siap lagi? Dasar perempuan lembap!'' Jerkah ibu tiriku yang tak pernah bermanis mulut denganku itu.
     ''Kalau nak cepat,masak sendiri! Orang dah tolong masak,banyak songeh pulak!'' Balasku sebelum pintu bilik itu kututup dengan kuat.
     ''Siapa tu?'' Soalan pertama Adam saat aku menjengah masuk ke dapur.
     ''Mak tiri aku.'' Balasku acuh tak acuh.
     ''Tu,dia menjerit-jerit lagi panggil kau.Dia nak apa?''
     ''Dahlah,tak payahlah pedulikan dia.Hai Adam,cepat bebenor kau goreng ikan tu.Rasanya tak sampai lima minit pun aku keluar dari dapur ni.''
     ''Biasalah.Dah nama pun Adam kan.Semuanya bisa sih.'' Ujar Adam dengan bangga.Meluat aku mendengarnya.Angkat bakul sendiri betul!
     ''Ya-ALLAH Adam! Apa yang kau buat ni?'' Aku mengucap panjang apabila melihat ikan yang digoreng oleh Adam.
     ''Aku goreng ikanlah.Kenapa?'' Dahi Adam berkerut.
     ''Apa pasal ikan kau ni gemuk sangat?''
     ''Dah ikan tu macam tu,nak buat macam mana.''
     ''Kau siang dulu tak ikan ni?''
     ''Hah?'' Adam menggaru-garu kepalanya. ''Siang ikan tu apa?''
     Aku menepuk-nepuk dahiku.Patutlah cepat sangat goreng ikannya,tak siang dulu rupanya.Macam manalah aku dengan bodohnya boleh suruh dia goreng ikan tadi.Tapi kemudiannya aku ketawa.Lucu pula dengan kebodohan Adam.
     Adam pula terpinga-pinga melihat aku ketawa.Tajam betul renungannya.Mungkin kerana hairan memikirkan kenapa aku ketawa.Atau mungkin kerana terpana kerana inilah kali pertama dia melihat aku ketawa.Entahlah.Tapi yang pasti,inilah kali pertama aku berasa senang sekali apabila aku bersama dengannya.Telatahnya betul-betul mencuit hatiku.

Sejak peristiwa tempoh hari,aku menjadi semakin rapat dengan Adam.Rasa tidak sukaku kepadanya hilang dalam sekelip mata.Adam yang kelakar dan pandai mengambil hatiku membuatkan aku rasa dihargai sekali.Tidak pernah ada sesiapa pun yang membuatkan aku mempunyai perasaan seperti ini sebelumnya.Hanya Adam,Adam, dan Adam.
      Tetapi pada suatu hari,ketenteramanku bersama Adam diganggu apabila abang tiriku tiba-tiba datang kepadaku dan Adam ketika kami sedang makan tengah hari.Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah minta duit!
      ''Hawa,nak duit sikit!'' Kata abang tiriku,Nazir kepadaku.Malu betul aku melihat keadaannya yang tak terurus dan selekeh itu.Apatah lagi apabila kami bertiga menjadi perhatian semua di kedai makan itu.
      ''Aku mana ada duit! Dahlah,pergi dari sini.Jangan kacau aku lagi!'' Jawabku.
      ''Kau jangan nak tipu akulah,Hawa.Ni dah awal bulan.Duit pinjaman pelajaran kau dah masuk kan.Takkan nak bagi aku sikit pun tak boleh?'' Tengking Nazir.
      ''Tu duit untuk aku belajar,bukannya duit untuk beli benda haram kau tu!''
      ''Kurang ajar kau,Hawa!'' Nazir mahu menamparku,tetapi Adam pantas menahannya.
      ''Nah,ambil duit ni! Jangan ganggu Hawa lagi!'' Adam menyerahkan beberapa not RM50 kepada Nazir.Nazir pantas mengambilnya seraya tersenyum.Senyuman yang paling dibenci aku.
      ''Baik betul teman lelaki kau ni,Hawa.Kaya lagi! Kan bagus kalau selalu macam ni.Aku pun tak bagi masalah kat korang.'' Nazir ketawa seraya berlalu dari situ sambil mencium-cium duit yang baru diberi oleh Adam.
      Aku mendengus marah. Aku bangun dari dudukku. ''Adam,siapa suruh kau bagi duit tu kat dia? Siapa?! Kau ni suka sangat sakitkan hati aku kan!''
      ''Hawa...''
      Aku terus pergi dari situ tanpa menunggu Adam habiskan kata-katanya.Adam pantas mengejar aku dari belakang.Hujan rintik-rintik yang turun tidak menghalang aku dan Adam dari meneruskan langkah.Adam memegang lenganku apabila dia berjaya memintasku.
      ''Lepaskan tangan aku,Adam!'' Aku berusaha untuk menarik tanganku tapi pegangan Adam terlalu kuat.
      ''No,I won't!''
      ''Kenapa Adam? Kau nak sakitkan hati aku lagi?''
      ''Sebab aku sayangkan kau,Hawa!''
      Guruh berdentam dentum di langit,seperti hatiku yang terkejut mendengar pengakuan Adam.Tubuhku terkaku.Sukar bagiku untuk menerima apa yang baru aku dengar.
      ''Ya,Hawa.Aku bagi duit tu sebab aku tak nak abang tiri kau sakitkan kau lagi.Sejak pertama kali lagi aku jumpa kau,hati aku dah menjadi milik kau,Hawa.Dan aku akan perjuangkan cinta aku kerana aku yakin,kau juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku.''
      Aku terdiam.Kepalaku kutundukkan ke bawah.
      ''Hubungan seperti itu tak mungkin antara kita,Adam.''
      ''Kenapa?''
      ''Kita terlalu berbeza,Adam.Kau berasal dari keluarga baik,berkedudukan,kaya-raya.Sedangkan aku hanya seorang gadis miskin,datang dari keluarga huru-hara.Seumur hidup aku,aku tak pernah merasai kasih sayang dari keluarga sendiri.Ayah aku dulu tak bekerja,panas baran,menganggur,selalu sangat pukul mak aku dan membuatkan mak aku meninggal sebelum aku sempat merasai kasih sayangnya.
     Lebih teruk lagi,aku dapat mak dan abang tiri yang kejam dan suka sangat menyeksa aku.Keadaan jadi lebih teruk bila ayah aku meninggal.Mereka layan aku macam hamba,macam sampah yang tiada harga,sampai aku membesar jadi gadis yang keras kepala macam ni.Aku tak mahu kau terlibat dalam kehidupan aku,Adam.Kau terlalu sempurna untuk bersama gadis macam aku.You deserve someone better than me,Adam.''
       ''Aku tak kisah,Hawa.Aku tak peduli kalau kau berasal dari keluarga yang macam mana pun.Apa yang aku tahu,gadis keras kepala bernama Hawa Anani nilah satu-satunya yang berjaya mencuri sekeping hati Muhammad Adam bin Muhammad Aizril.Dari dulu,kini,dan tak akan berubah sampai bila-bila pun.''
       ''Adam...'' Hatiku terharu mendengar kata-kata Adam.Dia pantas menarik aku dalam pelukannya yang hangat.Aku berasa bahagia sekali,satu perasaan yang tak pernah aku rasai selama ini.Terima kasih Adam,kerana kau telah memberi sinar dalam hidupku....
      



Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 8


‘’LAMBAT kau balik?’’Suatu suara kedengaran apabila Fariz menutup pintu utama.

      ‘’Aku jumpa kawan kejap.’’Jawab Fariz acuh tak acuh.Dia tak memandang Fatihah yang sedang berdiri tercegat macam tiang lampu sambil berpeluk tubuh tidak jauh daripadanya.

      ‘’Jumpa kawan?’’Fatihah tersenyum sinis. ‘’Kau jumpa kawan ke atau kau pergi merayau merata sambil teringatkan perempuan tak guna tu?’’

      Mendengar perkataan itu keluar dari mulut Fatihah,Fariz berpaling dan memandangnya.Dia mendengus kasar.

      ‘’Kenapa dengan kau ni hah?Kenapa mulut kau ni tak pernah lepas dari menghina orang lain?’’Soal Fariz keras.

      ‘’Oh ya?’’Fatihah mendekati Fariz. ‘’Bukankah kau sepatutnya nasihatkan diri kau dulu sebelum nasihatkan orang lain?Kau terlupa ke yang kau dulu pun sama saja macam aku?’’

      ‘’Sekarang aku dah sedar apa yang aku buat tu adalah satu kesilapan yang teramat besar.Dan aku nak kau berubah juga.’’

      ‘’Oh,maaf lah tapi aku tak boleh ikut apa yang kau kata tu.Aku ni bukannya lesbian.’’

      Dahi Fariz berkerut. ‘’Apa maksud kau?’’

      ‘’Kau ni memang tak tahu ke atau berpura-pura tak tahu?Bukankah kau ni pandai. Takkan orang yang bijak macam kau tak dapat faham perasaan sendiri?’’

       ‘’Oh,jadi kau dah tahulah.’’Fariz tersenyum. ‘’Baguslah kalau kau dah tahu dan arif tentang perkara ni.Kau ni taklah sebodoh yang aku sangka selama ni.’’

       ‘’Kau kata siapa bodoh hah?’’Tengking Fatihah.Geram betul dia dipanggil dengan perkataan itu.

       ‘’Sudahlah Fatihah.Aku malas nak cakap dengan kau lagi.’’Fariz berkata malas dan melangkah beberapa tapak untuk pergi ke biliknya.

       Fatihah berasa geram kerana Fariz bagai tidak mempedulikan dirinya.Dengan pantas dia merentap lengan baju Fariz.Langkah Fariz terhenti.Dia memandang Fatihah kembali.

      ‘’Apa hal kau ni?’’Soal Fariz sedikit marah.

      ‘’Aku nak cakap dengan kau dan kali ni kau kena ikut cakap aku.’’

      ‘’Aku rasa tiada apa yang perlu dibincangkan antara kita.’’Fariz menarik lengan bajunya kembali.

      ‘’Ya,ada!Aku nak kau jauhkan diri dari Nurzara Anasuha.Aku tak nak kau bergaul dengan dia atau menjalinkan sebarang hubungan dengan dia.’’Ujar Fatihah serius.Pandangan matanya mencerlung melihat batang tubuh Fariz yang sasa.

      Fariz terdiam seketika.Kemudian, ketawa meletus dari bibirnya.

       ‘’Apasal kau ketawa hah?Aku cakap serius ni,bukan main-main.’’Fatihah memasamkan mukanya.Dia terasa dipermainkan.

       ‘’Opss…sorry.Tapi aku memang tak boleh tahan.Apa yang kau cakap tadi tu kelakar betullah.’’Fariz melanjutkan ketawanya.Sebenarnya tiada apa yang menggelikan hati pun.Sengaja dia ketawa dengan kuat untuk menyakitkan hati Fatihah.

       ‘’Apa yang kelakar sangat?Aku cakap betul-betul ni.Aku tak nak kau jalinkan hubungan dengan Nurzara Anasuha!!!’’Fatihah mulai meninggikan suara.

       ‘’Tak payahlah kau nak cakap kuat-kuat macam tu.Aku bukannya pekak lagi.And aku tak boleh nak buat apa yang kau mintak tu.Sorrylah ya.’’Fariz berkata selamba.

       ‘’Hei Fariz,aku ni adik kau tau tak.Kau kena ikut cakap aku!’’

       ‘’Adik?’’Fariz mendekatkan diri dengan Fatihah. ‘’Adik?’’Dia mengulang kembali apa yang disebutnya tadi.

       ‘’Ya,aku ni adik kau! Dan kau harus menghormati aku dengan tak menjalinkan hubungan lagi dengan perempuan tu!’’Fatihah merenung mata Fariz yang hitam pekat dengan berani.

       ‘’Aku tak sangka,kau masih berani lagi nak bergaduh dengan aku setelah apa yang kau buat.Memang perempuan tak tahu malulah kau ni.’’Nada Fariz yang selamba bertukar serius.

       ‘’Aku?Apa yang aku buat kat kau?’’Fatihah masih mahu bertegang urat.

       ‘’Apa yang kau buat kat aku? Lepas kau dah fitnah aku macam-macam kat sekolah, kau masih berani lagi nak menegakkan benang yang basah!’’Suara Fariz seperti halilintar yang membelah angkasa.Matanya mencerlung memandang tubuh kecil molek Fatihah.

       ‘’Siapa…siapa yang pandai-pandai buat fitnah ni? Kau jaga sikit mulut kau eh.’’Suara Fatihah terketar-ketar.Kalaulah papa tahu apa yang telah dilakukannya pada Fariz…Fatihah membayangkan segala kemewahan yang dimiliki akan ditarik daripadanya.Ah,dia tak rela!

       ‘’Tak payah ada sesiapa yang bawak mulut.Sekolah kita tu bukannya besar sangat pun. Oh ya,khabar terbaru aku dengar ,kau kata aku ni bukan anak kandung papa dan mama,isn’t it?’’

       ‘’Kau…kau jangan nak pandai-pandai tuduh aku.’’Fatihah masih cuba mempertahankan diri.Namun nada suaranya yang takut-takut sudah cukup untuk menunjukkan perasaannya yang sebenar.

      ‘’Kau tak payahlah nak menegakkan benang yang basah lagi Fatihah.Aku sebenarnya dah lama tahu, tapi aku sengaja diamkan sebab nak tengok sejauh mana kelicikan kau tu mampu bertahan.And I wanna say congratulations! Ternyata kau memang bijak mengatur strategi.Bangga betul aku dapat adik macam kau.Bangga sangat….’’

     Fatihah tidak mampu berkata apa-apa lagi.Mulutnya terkunci terus.Ternyata Fariz lebih bijak dari yang disangkakan. Ah,damn it!

     ‘’Hemm…kalaulah aku bagitau perkara ni kat papa.Agaknya apa yang papa akan buat agaknya?’’Fariz melanjutkan kata-katanya apabila Fatihah tidak bersuara.

     ‘’Kalau…kau..kau nak bagitau sangat,bagitaulah!Kau tak ada apa-apa bukti nak…nak tuduh aku.’’Balas Fatihah walaupun apa yang dikatakan amat bertentangan dengan kata hatinya.

     ‘’Oh ya? Nampaknya kau begitu yakin sekali dengan kata-kata kau.Kalau macam tu,baiklah.Aku akan ajak papa ke sekolah dan tengok dengan mata kepalanya sendiri apa yang anak perempuannya dah buat pada abangnya sendiri.Masa tu,mama pun dah tak boleh tolong.’’

      ‘’Sanggup kau buat aku macam ni sebab anak pungut tu kan?’’Tengking Fatihah.

      ‘’Dia langsung tak ada kaitan dengan hal ni.Semua ni kesalahan kau,bukan dia. Dah cukup baik dia tak beritahu Mak Long yang kau selalu hina dia macam-macam. Itupun tak reti-reti nak kenang budi lagi.’’Nada suara Fariz keras kembali.

     Tetapi dalam diam,dia rasa terpukul kembali dengan kata-kata yang diluahkan sendiri.Dulu dia pun lebih kurang sama saja dengan Fatihah,suka mengutuk Zara. Tapi kini…Fariz tersenyum sendiri.

      ‘’Apa kau senyum-senyum hah?”Jerkah Fatihah.Ni mesti gara-gara dia teringatkan perempuan tu!

      ‘’Salahkah aku senyum? Lepas ni mana aku boleh senyum dah.Maklumlah lepas ni kan kau akan kena stail kaw-kaw punya dengan papa.’’Perli Fariz.Wajah Fatihah yang mencuka tadi menjadi pucat semula.

      ‘’Well,kau ada apa-apa nak cakap lagi?’’Soal Fariz.Fatihah tidak menjawab.Kini dia sudah tersepit. Dia sudah dapat membayangkan masa depannya yang gelap tanpa kemewahan…       

      Fariz tersenyum lagi.Dia melihat Fatihah yang sedang menundukkan kepala.Hubungannya dengan Fatihah memang tidak rapat sejak dulu lagi. Kadang-kadang dia cemburu melihat keakraban Zara dan Izham.Walaupun mereka hanya adik beradik angkat,tetapi hubungan mereka begitu rapat dan mesra sekali.

      ‘’Okeylah.Aku takkan bagitau papa.’’Kata-kata Fariz membuatkan badan Fatihah bagai terkena kejutan elektrik.Serta-merta kepalanya terangkat memandang wajah tampan abangnya.

      ‘’Betul ke ni?’’Tiga patah perkataan meluncur laju keluar dari mulut Fatihah.

       ‘’Tapi dengan syarat,kau tak boleh nak hina Zara lagi dan kau tak boleh nak tunjuk protes kalau aku jalinkan hubungan dengan dia.’’ Ibu jari dan jari telunjuk Fariz dinaikkan.

       ‘’What?’’Mata Fatihah terbeliak.

       ‘’Aku bagi kau pilihan.Sama ada kau ikut syarat-syarat yang aku bagi ataupun aku bagitau papa.That’s it!’’Suara Fariz dengan tegas.

       ‘’Tak ada syarat lain ke yang kau nak bagi hah?’’Hati Fatihah semakin sakit.Kini Zara sudah ada seorang penyokong setia di belakangnya.Tak guna!

       ‘’Nak ke tak nak?’’                                                                                   

       Fatihah mengetap bibir.Kini dia dalam situasi diluah mati emak,ditelan mati bapak.Kalau dia menerima,maknanya dia akan kalah kepada Zara dan dia tak mahu tunduk kepada gadis yang baginya sangat hina dan tak setaraf dengannya itu.Tapi kalau ditolak,samalah maksudnya macam dia membunuh diri sendiri.Hidupnya akan dihimpit kesusahan dan rakan-rakan lain akan mengejeknya.

       Ahhh!!!Aku tak payahlah kutuk Zara kat depan Fariz. Lagipun Zara tu bukannya jenis yang mengadu,detik hati Fatihah tiba-tiba.Fatihah tersenyum lebar.

      ‘’Okeylah,aku setuju.’’Ujar Fatihah dengan senang hati.

      ‘’Betul ni?’’Fariz meminta kepastian.

      ‘’Yalah.Tadi beria-ia sangat suruh aku berjanji.Bila aku dah buat banyak songeh pulak.’’Rungut Fatihah.Aku takkan buat apa yang kau suruhlah,bodoh!

          Sebelum Fariz naik ke biliknya,dia sempat berkata. ‘’Oh ya, kan kau hebahkan pada satu sekolah yang aku ni bukan abang kau.Jadi maksudnya kita ni bukan muhrim dan lepas ni kau tak bolehlah pakai seksi-meksi depan aku lagi. And…’’Fariz tersenyum penuh makna. ‘’I think Zara is hundred times hotter than you,babe!’’

         ‘’Damn you Fariz!’’Wajah Fatihah masam mencuka.Dia menghentakkan kakinya geram.Rasa marahnya berlipat kali ganda sekarang.

Puteriku Anastasia 7


TAUFIK terjengket-jengket menuruni tangga.Tangan kirinya memegang helmet dengan kejap sekali.Sambil-sambil itu dia memandang sekeliling.Setelah memastikan ayahnya tiada,dia menuruni tangga dengan pantas.Dia melihat jam tangannya.Pukul 10.00 malam.Bagi anak-anak yang mengikut kata orang tua,waktu itu adalah waktu sesuai untuk tidur tapi kalau bagi dia…mestilah menerewang merata!

        Taufik berjalan perlahan-lahan ke pintu masuk utama.

        ‘’Hemm…hemm…’’Deheman itu mengejutkan Taufik. Dia mengalihkan pandangannya ke belakang.Wajah Encik Nurdin kelihatan tegas sekali.

        ‘’Ha…hai…ayah.’’Taufik cuba mengukir senyuman.Hanya ALLAH saja yang tahu betapa jantungnya mahu luruh ketika itu.

        ‘’Kamu nak pergi ke mana Fik?’’Tanya Encik Nurdin serius.Dia memandang Taufik yang begitu rugged sekali dengan seluar jeans dan baju berlukisan tengkorak yang dipakainya.Sebijik macam ahli kumpulan black metal!

        ‘’Nak keluar dengan kawan,ayah.’’Jawab Taufik selamba.

        ‘’Keluar dengan kawan?’’Encik Nurdin mengerling jam di dinding. ‘’Kan dah lewat malam ni,nak keluar apa lagi.Kan esok kamu sekolah.Bercadang nak ponteng lagilah tu.’’Leter Encik Nurdin.Walaupun dia sering tiada di rumah,tetapi dia tetap ambil berat pasal Taufik. Encik Muthu diminta menjadi pemerhati.Dan hasilnya tidak mengecewakan.Encik Muthu telah menunjukkan semangat kejiranan yang baik dengan melaporkan segala kegiatan Taufik kepadanya.

        ‘’Oh,jadi ayah dah tahulah yang Fik selalu ponteng sekolah.Hemm…not bad.Ayah ambik berat jugak pasal Fik ya.’’Taufik tersenyum sinis.Dia sudah dapat mengagak siapa yang menjadi pengintip.Siaplah kau nanti!

        ‘’Mestilah ayah ambik berat pasal kamu.Kamu kan anak ayah!’’

        ‘’Walaupun kehadiran anak ayah ni sememangnya tak pernah diharapkan dalam keluarga ni,malah menyusahkan?’’

        Soalan Taufik membuat Encik Nurdin terkedu.Dia terpana seketika.

        ‘’Apa yang kamu cakap ni Fik?’’Soal Encik Nurdin terketar-ketar.Senyuman Taufik semakin melebar.

        ‘’Ayah tak perlulah bersusah payah lagi.Fik dah tahu semuanya.Fik dah tahu,ayah!’’Nada suara Taufik kali ini tidak lagi main-main dan selamba seperti selalu,sebaliknya berubah tegas.Renungan matanya menusuk ke tangkai hati Encik Nurdin.

        ‘’Fik,ayah…’’

        ‘’Sudahlah ayah.Ayah tak perlu terangkan apa-apa lagi pada Fik.Mulai saat ni,biarkanlah Fik pilih jalan hidup Fik sendiri.’’Setelah selesai berkata-kata,Taufik keluar dari rumah teres dua tingkat itu.Dalam beberapa saat,enjin motorsikal berkuasa tingginya kedengaran menderum meninggalkan pekarangan rumah.

        Encik Nurdin hanya mampu melihat kelibat Taufik yang semakin menghilang di sebalik kegelapan malam.Dia berasa hiba tiba-tiba.Dia duduk di atas sofa dan menanggalkan cermin mata.Dugaannya ternyata benar.Taufik telah mendengar segala-galanya!



‘’BOLEH tak kalau dalam sehari tu awak duduk je kat rumah,Mah?’’Soal Encik Nurdin tegas.Dia mundar mandir di hadapan isterinya yang tengah kelam kabut mengemas pakaian.

      ‘’Abang ni jangan nak berleter boleh tak? Dahlah kepala otak saya tengah runsing!’’Puan Ruzaimah sedikit menengking.Panggilan dari Puan Sri Sharifah Khadijah sebentar tadi yang mengajaknya ke seminar di Hong Kong tidak boleh dilepaskan.Ia penting untuk menaikkan lagi tarafnya dalam persatuan.

      ‘’Abang asyik fikir serabut awak je! Serabut saya ni,awak tak nak fikir pulak!’’Jerkah Encik Nurdin.Kepalanya betul-betul runsing ketika itu kerana gagal mendapatkan tender untuk syarikatnya.

      ‘’Sudahlah abang.Saya tak nak bergaduh lagi dengan abang!’’Puan Ruzaimah menutup zip beg rodanya.Dia menyorong beg itu ke arah pintu bilik.

      ‘’Hei,awak nak pergi mana hah dengan beg-beg ni semua?’’Encik Nurdin menarik tangan Puan Ruzaimah,menghalangnya dari keluar.

      ‘’Lepaslah abang.Puan Sri Sharifah Khadijah tengah tunggu sayalah bang.’’Puan Ruzaimah berkata resah.Tinggal dua jam setengah lagi sebelum kapal terbang ke Hong Kong berlepas.

      ‘’Siapa yang benarkan awak pergi? Dah,saya tak izinkan.Awak duduk saja kat rumah. Masih ramai lagi orang yang boleh gantikan tempat awak.’’Encik Nurdin membuat keputusan.Hatinya tercalar apabila isterinya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya.Terasa dirinya tidak dihargai sebagai seorang suami.

      ‘’Abang jangan cuba nak halang saya! Kalau saya kata saya nak pergi,saya akan pergi! Lagipun,apa yang saya dapat kalau sekadar duduk kat rumah je?”

       ‘’Hei Mah,awak lupa ke yang awak ada anak.Taufik tu masih kecil,dia memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari seorang ibu!’’

       ‘’Itu adalah urusan abang,bukannya urusan saya!’’Puan Ruzaimah menjuihkan bibir.

       ‘’Masya-ALLAH.Mengucap Mah!Awak sedar tak apa yang awak tengah cakap sekarang.Taufik tu kan anak awak!’’

        ‘’Suka hati abanglah nak kata apa pun.Mah tak peduli.Dari dulu lagi Mah dah cakap,Mah tak nak anak! Mah dah bagi amaran awal-awal,Mah tak nak apa-apa pun menjadi penghalang kepada cita-cita Mah!’’

         ‘’Walaupun suami awak sendiri?’’Encik Nurdin merenung sedalamnya bola mata isterinya.Mata yang pernah menggegarkan jiwanya dulu.

         ‘’Yes! Anything yang boleh menjadi penghalang kepada cita-cita Mah.Sekarang,abang uruskan sendiri pasal Fik tu. Dulu abang yang nak sangat dia kan.Sekarang pergilah tatang anak abang tu puas-puas.’’Setelah selesai berkata-kata,Puan Ruzaimah memulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu.Hati Encik Nurdin betul-betul terluka.Tidak disangka yang wanita yang pernah berjanji mahu sehidup semati dengannya akan bersikap sebegitu rupa!

          Sejak dari hari itu,Encik Nurdin dapat mengesan perubahan dalam diri Taufik.Anak kecil yang dulunya polos dan baik hati,berubah menjadi nakal dan suka sakitkan hati orang lain.Cuma dia tidak tahu puncanya kepada perubahan itu.Dan kini,dia sudah tahu!



TAUFIK menghisap rokok itu sedalam-dalamnya.Tujuannya hanya satu,mahu melepaskan kerunsingan atas peristiwa tadi.

         ‘’Wei brother,apahal lu ni.Serabut semacam nampak wa tengok.’’Ucap Rakin sambil menghidu gam cap senapang yang baru dibelinya tadi.Nikmatnya menusuk dalam diri dan membelenggu jiwa.  

       ‘’Tak ada ah.Gua runsing sikit pasal bapak gua tadi.Bising masa gua nak keluar.Kecohlah dia tu.’’

       ‘’Lu cuba hidu benda ni tengok.Kalau lu try sekali,gerenti lu akan berdengung sampai esok pagi.’’Rakin menghulurkan gam cap senapangnya pada Taufik.Taufik menggeleng.

       ‘’Sorry ah.Gua tak main benda-benda ni semua.’’Taufik mengeluarkan puntung rokok terakhir.Kemudian,dia mencampakkan kotak rokok itu ke dalam longkang.Beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu menjeling ke mereka berdua.Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada juga yang menggelengkan kepala.

       ‘’Apa tengok-tengok?Tak pernah tengok orang ke hah?’’Taufik menjegilkan matanya kepada kumpulan itu.Segera mereka berlalu dari situ.Taufik mendengus.Penakut!

       ‘’Tengok dia orang tu.Sesuka hati je nak hina orang macam kita.Macamlah dia orang tu bagus sangat.’’Rungut Taufik.Dia menyalakan api dan menghembus asap dengan kasar.Suasana di situ semakin lengang.Maklumlah hari sudah semakin menjelang malam.

       ‘’Dunia ni memang kejam,Fik…’’Ucap Rakin.Dia kelihatan semakin mamai.Kepalanya bergoyang merata. ‘’Bapak gua meninggal.Mak gua kahwin lain.Kemudian,gua adik beradik kena sepak sana sini macam bola…gua adik beradik macam bola…macam bola yang lu selalu sepak…’’Rakin ketawa sendirian.Dia bangun dan berjalan terhuyung hayang di sekitar kawasan itu sambil merepek yang bukan-bukan.Taufik tidak peduli.Biarlah Rakin meluahkan perasaannya.Biar perasaannya tenang.Dia dan Rakin sama saja.Dua-dua anak tersisih.Kerana itu mereka menjadi rapat dan sering saja ke mana-mana bersama.Bezanya,Rakin sudah tersasar terlalu jauh manakala dia masih mampu mengawal diri.

       ‘’Wei Fik,apahal dengan Kin tu?’’Soal seseorang dari belakang Taufik.Taufik berkalih.Sharif datang dengan senyuman sumbingnya yang langsung tak menawan.

       ‘’Dia overdos kot,sebab tulah meracau tak tentu hala.Plan kita malam ni tak jadilah.Batalkan ajalah perlumbaan dengan Kay tu.’’Arah Taufik.

       ‘’Alah,tak macho ah macam tu.Nanti dia orang ingat kita ni kecut pulak.’’ Bantah Sharif.

       ‘’Habis tu,lu ingat kalau geng Kay keparat tu tengok keadaan Kin sekarang,kita boleh jadi macho ke,hah? Cuba lu cerita sikit sama gua.’’

       ‘’Okeylah,okeylah.Gua ikut cakap lu,okey.’’Sharif mengalah.Dia mendail nombor telefon Kay dan bercakap dengannya beberapa ketika.Taufik tak berminat nak mendengar.

       ‘’Kay kata dia nak naik harga .Dua kilo untuk perlumbaan akan datang.Macam mana bro?’’Soal  Sharif setelah beberapa ketika bercakap dengan Kay.

       ‘’Set!’’

       ‘’Okay ah,Kay.Chow.’’Sharif mematikan talian.Dia duduk di sebelah Taufik.

       ‘’Banyak duit lu,Fik.Kay tu bukannya mudah dikalahkan.Ramai geng seangkatan kita dah tumpas di tangan dia.’’Sharif mengingatkan.

       ‘’So what?’’Taufik tersenyum sinis. ‘’Gerenti gua akan kalahkan dia nanti.So,tak payahlah susah-susah nak himpun duit semua ni.’’

       ‘’Maksud lu,lu tak ada duit.Gitu?’’Soal Sharif seolah tidak percaya.

       ‘’Relakslah bro.Gua gerenti akan kalahkan dia punya.Lu tak payahlah bikin semak kepala otak,okay.Rakin tu nampak macam nak lentok saja. Dia tidur rumah siapa pulak malam ni?’’

       ‘’Hemmm…kalau tak silap gua,rumah mak cik dia yang suami dia kena tahan kat pusat serenti tu.’’

       ‘’Baguslah.Bapak sedara penagih dadah setia,anak sedara penghidu gam tegar.Pasangan yang serasi.’’

       Sharif tergelak mendengar kata-kata Taufik. ‘’Jahat jugak eh mulut lu ni Fik.’’

       ‘’Dahlah,sekarang ni lu tak payah semak-semak kepala fikir pasal benda ni.Sekarang,aku ada plan rancak punya.’’ Ujar Taufik,mengukir senyuman jahatnya.



DIA berkalih sekejap ke kiri,sekejap ke kanan.Namun matanya masih tidak mahu lelap walaupun rasa mengantuk sudah menerjah ke dalam diri.Zara memandang siling biliknya terkebil-kebil.Rasa malunya disebabkan peristiwa siang tadi masih tidak hilang. Berselirat rasa geram untuk Fatihah berkumpul di jiwanya.Dia tahu yang Fatihah sengaja menyadung kakinya tadi kerana mahu mengetawakannya.Dan memang dia terjatuh,tapi dia jatuh dalam pangkuan Fariz! Ahh,kalaulah masa boleh diputar kembali,dia lebih rela jatuh terjelopok atas lantai!

     ‘’Ahh,dari aku sibuk fikir pasal dia.Lebih baik aku periksa e-mel aku.’’ Dia bangkit dari pembaringannya dan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.Dia duduk di atas kerusi dan menghidupkan skrin komputer.

    

            Kebanyakan e-mel yang dihantar kepadanya daripada Izham.Izham memang rajin menghantar e-mel  kepadanya.

     

       - Hai bucuk-bucuk abang!How r u 2day?Berdebar x nak b’lajar kat sekolah baru nanti?

       - Hai sayang!Abang nak makan marshmallow ni.Lepas ni ais krim pulak.

       - Zara kenapa tak balas?R u okay?

       - Pleasee tlg bls.Jgn buat abg risau.

  

         Zara tersenyum. Jarinya pantas menekan kekunci komputer.

   

         Don’t worry.I’m ok!!!Plus….Heloooo!!!Mana ada Zara bucuk.Abg tu kot yg bucuk.Maklumlah mat saleh ni kan jrg mandi.Huhuhu…

       

         Zara menekan kolum ‘send.’Setelah itu,Zara memeriksa YMnya pula.Zara mendapati bahawa ada seorang rakan baru telah addnya.Dia juga sedang online sekarang.saha_boywhocries? Hemm…

          

           <Saha> Hai,nak berkenalan boleh tak?

Puteriku Anastasia 6


KERETA Kancil itu memasuki kawasan perumahan rumah teres setingkat di Kajang.Zara terus mengelamun.Dia teringatkan peristiwa tadi.Dia membuka dompetnya kembali dan mengeluh.Lima puluh ringgit melayang gara-gara pergaduhan tadi.Ahhh…. bodoh….bodoh!!

       Apabila mereka sampai,sebuah kereta Perdana sudah tersadai di situ.Zara sedikit mengeluh apabila dapat mengecam siapa pemiliknya. Nampaknya hari ini dia terpaksa berhadapan dengan dua orang adik beradik tak sehaluan yang menganggapnya sebagai seteru!

       Puan Izzati turun dari kereta apabila ternampak kelibat pemilik kereta itu.Datin Maryam tersenyum memandangnya.

      ‘’Assalamualaikum Mar.Dah lama sampai?’’Puan Izzati mencium pipi adiknya lembut.

      ‘’Taklah lama sangat,kak.Baru je.Mar….’’

      ‘’Mak Long!’’Belum sempat  Datin Maryam menghabiskan kata-katanya,seorang gadis turun dari kereta dan mencium pipi Puan Izzati bertubi-tubi.Puan Izzati sedikit terkejut dengan tindakan Fatihah,namun dia hanya membiarkan.Zara hanya tersenyum hambar.Kalaulah gadis itu tahu akan kehadirannya….

      ‘’Mak Long,Fatihah rindu sangat dengan Mak Long…’’Rengek Fatihah.Dia masih tidak melepaskan pelukannya.Puan Izzati berasa rimas juga tetapi dia terpaksa membiarkan.

      ‘’Hoi! Kau ni tak reti nak beradab sikit ke hah?”Seorang lelaki pula turun dari kereta.Riak wajahnya kelihatan tidak senang.Bahang cahaya matahari yang menusuk menambahkan lagi panas di hatinya.

      ‘’Kau diamlah.Sibuk je.Mak Long tak kata apa-apa,kau tu yang melebih-lebih.’’Fatihah menjelirkan lidahnya pada Fariz.

      ‘’Dahlah tu.Mak Long kan baru balik.Kamu berdua ni asyik nak bergaduh je.Fariz,kamu sebagai abang mengalahlah sikit.’’Datin Maryam campur tangan.Fatihah senyum lebar mendengar Datin Maryam membelanya.Fariz mengeluh. Faham sangat dengan sikap mama yang lebih mengutamakan Fatihah,anak kesayangannya itu.

        ‘’Tak manis pulak rasanya kalau kita terus berbual-bual kat sini.Mari kita masuk rumah,barulah kita bercerita panjang.’’Sampuk Puan Izzati,cuba meleraikan keadaan dari terus menjadi tegang. Fatihah berasa terkejut apabila melihat Zara turun dari kereta setelah kereta siap diparkirkan.

        ‘’Apa yang kau buat kat sini?’’Tanya Fatihah kurang senang.Dia meneliti Zara dari atas ke bawah.Hai,tomboi nak tukar jadi perempuan sejati balik?

        ‘’Salahkah aku ada kat rumah aku sendiri?’’Ucap Zara selamba.

        ‘’Apa kau kata tadi?Hei,ni bukan…’’Fatihah menghentikan kata-katanya apabila dia menyedari mak longnya masih berada di situ.Dia tahu yang Puan Izzati memang tak suka kalau ada orang cuba nak hina Zara.

        ‘’Dah habis cakap?’’Soal Zara sambil senyum nipis.Fatihah semakin sakit hati.Dasar anak pungut! Zara tidak mempedulikan Fatihah lagi.Dia menuju kepada ibu saudaranya yang berdiri di muka pintu.Dia juga tidak mempedulikan mata Fariz yang terbelalak melihatnya.

        ‘’Apa khabar Mak Ngah?Sihat?’’Zara menyalami tangan Datin Maryam dengan lembut.Datin Maryam senyum seraya mengangguk.Walaupun Zara hanya anak angkat kakaknya,tetapi dia sudah menganggap Zara sebagai sebahagian dari keluarga mereka.Perangai gadis itu yang baik juga menyenangkan.

        ‘’Jemputlah masuk Mar.Rumah kakak ni biasa aje,taklah semewah rumah kamu.’’Pelawa Puan Izzati,merendah diri.Rumah itu kecil saja,malah ruang tamunya juga agak sempit.

        ‘’Tak baik kakak cakap macam tu.Rumah ni pun rumah jugak,asalkan ada tempat berteduh dah cukup.’’Datin Maryam menyanggah tegas.Puan Izzati hanya tersenyum.Dia tahu yang adiknya itu tidak memandang pangkat dan darjat,sama seperti suaminya Azri.

        ‘’Buatlah rumah ni macam rumah sendiri ya,Mar.Abang masuk bilik dulu ya.Ada kerja sikit nak buat.’’Encik Khairil mencelah setelah agak lama mendiamkan diri.

        ‘’Hai abang.Tak nak minum air dulu ke?’’

        ‘’Tak apalah Zati.Nanti kalau abang nak air,abang ambik sendiri.’’Encik Khairil menolak.Puan Izzati mengangguk. Encik Khairil bergegas masuk ke dalam bilik.Sebetulnya,dia tidak betah apabila bersemuka dengan Maryam.Rasa bersalahnya masih menggunung tinggi walaupun Maryam tidak pernah menyimpan dendam.Tetapi dia tahu,sedikit sebanyak hati Maryam terluka.

        ‘’Mama,mama perasan tak yang ada seorang tomboi ni nak tukar jadi perempuan balik?’’Ujar Fatihah sinis setelah Puan Izzati menghilang ke dapur.Suaranya dikuatkan agar Zara akan mendengarnya.Zara hanya membisu.

         ‘’Siapa tu sayang?’’Tanya Datin Maryam,tidak mengerti akan maksud Fatihah.

         ‘’Alah,takkan mama tak perasan.Dia duduk dekat sangat dengan mama,bahkan dia pun ada kat dalam rumah ni jugak.’’Serentak dengan itu,ketawa Fatihah berderai.Datin Maryam terkedu.Zara pula hanya diam.Dia memang tak akan membalas setiap sindiran Fatihah setiap kali berada bersama Datin Maryam.Bukan nak tunjuk baik,tetapi dia malas nak bergaduh di hadapan orang yang lebih tua.

         Mata Fatihah melingas sekeliling. ‘’Hemmm…Kalau nak dibandingkan rumah kita dengan rumah Mak Long,baik rumah kita jauh lebih mewah kan mama.

         Ah,dah mula dah,Zara mengeluh perlahan. Zara semakin tak selesa.Telinganya sudah panas.Tadi dia ikut ke dapur,mama tak benarkan.Kononnya tak baik membiarkan tetamu bersendirian.Dan inilah padahnya.Tak pasal-pasal dia terpaksa menadah telinga mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir gadis sombong itu.

         ‘’Ish,tak baik cakap macam tu.Dah ditakdirkan rezeki kita lebih dari Mak Long.Entah-entah suatu hari nanti Mak Long akan dapat rumah yang lebih besar dari kita,siapa tahu?’’Datin Maryam menegur dengan cara lembut.

        ‘’Errr….Zara.Macam mana Zara boleh ada kat sini sekarang? Bukan Zara belajar kat sekolah berasrama penuh ke?’’Datin Maryam cuba mengalih topik perbualan apabila melihat Fatihah mahu membuka mulut.

      ‘’Zara dah tak belajar kat sana lagi Mak Ngah.Zara dah berpindah sekolah ke sini.’’Jawab Zara selamba. Dia menjeling Fariz yang asyik merenung wajahnya tanpa berkalih sedikitpun.Korek bijik mata kang,baru tahu!

      ‘’Lah,kenapa Zara nak pindah sekolah?Sekolah tu tak cukup bagus ke?’’

      ‘’Bukan macam tu.Sebenarnya….’’

      ‘’Sebenarnya bukan sekolah tu yang tak bagus,tapi dia yang tak bagus!Mesti dia ada buat sesuatu yang salah,sebab tulah sekolah tu buang dia.Kalau dah dasar….’’

      ‘’Dasar apa Fatihah?’’Suara Puan Izzati mengejutkan Fatihah.Puan Izzati datang dengan membawa dulang yang berisi lima gelas air.

      ‘’Errr…dasar…dasar….’’Fatihah tergagap-gagap.Dia sudah kehilangan kata-kata kini.Macam mana kalau Mak Long tahu yang dia selalu menghina Zara? Habislah peluangnya untuk bergelar menantu di rumah itu! Fatihah menelan liur.

      ‘’Dasar pecah dan perintah mama.Dulu kan masa Brooke menakhluki Sarawak dia mengamalkan dasar ni untuk memastikan agar semua kaum tidak bersatu untuk menentangnya.’’Zara tiba-tiba menyampuk.

      ‘’Ohh…macam tu ke.Kalau tak silap mama,itu sukatan pelajaran sejarah form 2 kan? Mama dah lupalah sayang.Maklumlah dah sampai waktu senja-senja ni.Mana nak ingat lagi semua hal pasal Brooke-Brooke tu.Betul tak Mar?’’Puan Izzati duduk di sebelah Zara setelah meletakkan semua gelas di atas meja.

      ‘’Betul apa yang kak Zati cakap tu.Pandailah Zara ni.Patutlah boleh dapat 8A dalam PMR.’’Puji Datin Maryam.Dalam hati,dia mengucap syukur.Dia mengagumi Zara yang begitu penyabar sekali sekalipun telah dihina dengan teruk sekali. ‘’Ya tak ya jugak.Masa buat umrah tu seronok tak kak?’’

       ‘’Alhamdullillah.Kakak bersyukur sangat Mar.Banyak sangat ilmu yang kakak dapat sepanjang berada di sana.Masa buat umrah tu barulah kakak sedar betapa besarnya keagungan ALLAH dan betapa kerdilnya kakak sebagai hamba-NYA.’’

       ‘’Baguslah kakak kalau macam tu.Saya bersyukur atas semua ini.Di sana kakak doa apa?’’

       ‘’Doa?’’ Puan Izzati senyum. ‘’Tak banyak yang akak minta Mar.Akak hanya minta agar keluarga kita sentiasa sejahtera dan murah rezeki,anak-anak akak sentiasa berada di samping kakak dan…’’Puan Izzati memandang Zara dan mengucup ubun-ubun kepalanya. ‘’Akak harap gadis nakal ini akan menjadi orang yang lebih matang nanti.’’

        ‘’Nakal?’’Datin Maryam tersengih. ‘’Ohh…barulah Mak Ngah tahu yang anak saudara Mak Ngah ni nakal orangnya.’’

        ‘’Mana ada Mak Ngah.’’Wajah Zara merona merah.

       ‘’Ya ke? Habis tu yang Zara bagi mama surprise kat KLIA tadi sampai jantung mama terasa macam nak terkeluar tu tak boleh dikategorikan sebagai nakal ke?’’

       Zara tidak mampu berkata apa-apa lagi. Melihat Fariz yang tersengih-sengih sampai ke telinga membuatkan dia meluat.Seronok sangatlah tu.Lepas ni adalah trick nak kutuk aku lagi!

       ‘’Nakal nakal pun,Zara still dapat 8A kan.Kiranya ni nakal-nakal berisilah.’’Sambung Datin Maryam lagi setelah selesai ketawa.

       ‘’Alhamdullillah Mar.Semua ini rezeki daripada Allah.’’Ujar Puan Izzati tenang.

       ‘’Alah,kalau setakat dapat 8A je,apalah sangat.Petik jari je,terus boleh dapatlah!’’Fatihah tidak mampu menyembunyikan rasa bencinya lagi.Dari tadi asyik Zara,Zara,Zara!Apa yang bagus sangat pasal perempuan yang tak tahu asal usul ni?

       ‘’Emmm…mama.Mama kata mama nak bagi Riz motorsikal yang Riz nak kalau Riz dapat 8A.Bila mama nak kotakan janji mama tu?’’Fariz yang sejak tadi berdiam diri pula bersuara.

       ‘’Nantilah sayang.Mama dah order motorsikal tu.Dalam masa seminggu lagi Riz dapatlah motorsikal idaman Riz tu.’’

       ‘’Betul ke mama?’’Fariz tersenyum ceria. ‘’Thanks mama.I love you.Ingatkan mama dah lupa tadi.Risau Riz dibuatnya.Jantung Riz nak luluh dibuatnya tadi.’’

       ‘’Oh,kalau macam tu seronoklah kamu Fariz.Zara ni Riz,tak sempat Mak Long nak bagi dia hadiah,dia yang bagi Mak Long hadiah dulu.Mak Long gembira sangat sebab Zara dah kembali ke sini.’’Puan Izzati mengucup rambut Zara dengan penuh kasih sayang.

       ‘’Zara memang anak yang baik.’’Puji Datin Maryam lagi.

        Fatihah mendengus.Geram apabila mendengar pujian terus-terusan diberikan kepada Zara.Cemburu menguasai diri.Dia mengalihkan pandangannya kepada mamanya.

       ‘’Mama,takkan Riz je yang dapat hadiah? Habis tu,hadiah Fathy mana?’’Tanya Fatihah dengan kasar.Datin Maryam sedikit terkejut.

       ‘’Nanti mama belikanlah untuk Fathy ya?’’Pujuk Datin Maryam.Dia tahu kalau dibiarkan,Fatihah boleh mengamuk di situ juga.

       ‘’Ahh…tak peduli.Fathy nak hadiah Fathy sekarang jugak.Mama memang tak adil.Mama beli hadiah untuk Fariz je.Mama langsung tak ingat Fathy.’’Fatihah menghentak kakinya geram.

       ‘’Wei Fatihah, mama bagi aku hadiah ni sebab aku dapat 8A.So,aku memang berhak menerimanya.Tapi kau?’’Fariz senyum sinis. ‘’Setakat dapat 3B 3C 2D dengan tak ada A langsung,ada hati nak minta hadiah lagi. Haihhh…’’

       ‘’Kau…’’Fatihah menudingkan jari telunjuknya ke arah Fariz.Terketar-ketar tangannya. ‘’Kau memang tak guna!’’

       ‘’Tak seguna-guna aku pun,dapat jugaklah aku merasa dapat 8A.Oh ya,bukan ke tadi kau kata nak dapat 8A tu senang.Petik jari,terus dapat.Habis tu,kenapa kau tak dapat eh?’’Fariz menggaru kepalanya,berpura-pura hairan.Zara bagaikan hendak ketawa,tetapi ditahan saja.

       ‘’Mama,tengoklah Fariz tu…’’Fatihah merengek kepada mamanya pula.  

       ‘’Sorry sayang.Mama tak boleh nak buat apa-apa.’’Datin Maryam tidak menyebelahi Fatihah kali ini.Fariz tersengih,tanda kemenangannya.

       ‘’Ah,mama dengan Fariz sama saja!’’Bentak Fatihah.Wajahnya lebih masam dari tadi.

       ‘’Dahlah tu.Tak baik bergaduh.’’Puan Izzati cuba menenangkan keadaan.

       ‘’Mama,Mak Ngah.Zara masuk dalam bilik dulu ya.’’Zara bangun dari sofa.Sebelum dia terus mengumpul dosa percuma,lebih baik dia beredar.

       ‘’Eh,kenapa nak masuk sangat.Mak Ngah belum sempat nak berbual panjang dengan kamu lagi.’’Datin Maryam bersuara hampa.

       ‘’Tak apalah,Mak Ngah.Mak Ngah berbual sajalah dengan mama.Zara kan budak bawah umur lagi,mana boleh campur hal orang dewasa.’’

         Datin Maryam dan Puan Izzati ketawa kecil seraya mengangguk.Fatihah semakin sakit hati.Gadis ini mesti diajar.Tiba-tiba Fatihah mendapat satu idea  untuk mengenakan Zara. Biar kali ini Zara pula yang malu.

        Zara menyalami tangan Puan Izzati.Puan Izzati menghadiahkan kucupan lembut di dahi Zara.Ketika Zara mahu pergi ke arah Datin Maryam,tiba-tiba Fatihah menyadung kakinya.Zara sedikit terkejut.Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan tubuhnya terdorong ke depan.Dengan sepantas kilat,Fariz menyambut tubuh Zara dari jatuh menyembah lantai.

        Zara dan Fariz terkaku.Mereka berpandangan seketika.