Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 5


ZARA kelihatan begitu manis sekali dengan baju kurung berwarna merah hati yang dipakainya.Walaupun rambutnya pendek seperti lelaki,tetapi kelembutannya tetap terserlah.

        Kereta Kancil berwarna hitam itu memasuki lot B,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).Sebelum keluar,Zara sempat membelek-belek mukanya di cermin.Dia mahu memastikan hati mamanya bersulam kejutan dan ceria melihat penampilannya yang jauh dari kebiasaan hari ini.

        ‘’Zara tak payahlah nak menghadap cermin tu lama-lama.Anak ayah ni memang dah cantik.’’Usik Encik Khairil.Zara ketawa kecil.Hatinya berasa gembira sekali hari ini kerana sekejap lagi,dia akan bertemu dengan mamanya yang menunaikan haji sejak sebulan setengah lalu.Kerinduan yang menusuk jiwa begitu terasa sekali.

        ‘’Zara,jangan lupa tau.’’

        ‘’Apa dia?’’Zara buat-buat lupa.

        ‘’Jangan bagitau mama pasal ayah kemalangan tu.’’Encik Khairil mengingatkan.

        Zara tersengih seraya mengangguk.Kalau mama tahu pasal kemalangan itu,alamatnya tak pergi kerjalah ayah buat beberapa hari. Tidak kerja bermakna tiada pendapatan yang akan masuk ke dalam akaun bank.

           Mereka masuk ke dalam KLIA dan tunggu di hadapan tempat menunggu. Zara senyum melihat raut wajah ayahnya yang gelisah.

        ‘’Ayah,janganlah cemas sangat.Nanti kekasih hati ayah muncullah.’’Usik Zara.

        ‘’Pandailah Zara menyakat ayah.Zara pun apa kurangnya,dari semalam asyik ralit tenung  jam kat dinding tu.Nasib baik jam tu tak ada perasaan,kalau tak mesti dia sudah lama tergoda dengan pandangan Zara yang menggoda.’’Encik Khairil membalas dengan usikan juga.

        ‘’Alah ayah ni.Dah berjangkit penyakit Abang Izlah ni.Tak habis-habis nak usik Zara.’’Zara berpura-pura memasamkan muka.

        ‘’ Bapa borek anak rintik.Bagaimana acuan begitulah kuihnya.’’Encik Khairil mencubit pipi Zara yang bagai pauh dilayang perlahan.

        ‘’Yalah Encik Pensyarah.Hamba mengaku kalah.’’Zara menekapkan kedua-dua tangannya rapat.

        ‘’Pandai je Zara ni.Ayah ni orang biasa saja,nak.Kerani yang makan gaji.’’

        Zara senyum.Dia memeluk lengan ayahnya. ‘’Walaupun ayah bukan pensyarah betul,tapi ayah tetap pensyarah dalam kehidupan Zara dan Abang Iz.Zara tetap sayang ayah walau siapa pun ayah.’’Zara melentokkan kepalanya di bahu Encik Khairil.Encik Khairil berasa terharu.Dia mengusap lembut rambut anak itu.Anak yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

         Pengumuman ketibaan penerbangan dari Tanah Suci Mekah berkumandang.Zara mengeyitkan mata kepada Encik Khairil.Encik Khairil mengangguk.Setelah itu,Zara pergi ke arah belakang bangku menunggu dan menanti dengan penuh debaran di hati.

         Beberapa ketika kemudian,Encik Khairil dapat melihat susuk tubuh isterinya di balai ketibaan.Dia melambaikan tangannya.Senyuman menguntum di bibir Puan Izzati apabila melihat kelibat Encik Khairil.Setelah selesai urusan pasport dengan pegawai bertugas,dia segera menuju ke arah suaminya.Encik Khairil segera memeluk isterinya yang sudah ada di depan mata dengan erat.Air mata Puan Izzati mengalir.Zara senyum melihat kisah realiti yang berlaku di hadapannya kini.Mama dan ayahnya memang pasangan yang bahagia dan secocok.Ke mana-mana saja sering bersama.Di kala perpisahan terjadi,kesedihan mengiringi pemergian.Tika bertemu kembali,kegembiraan sejati menguasai keadaan.

         ‘’Macam mana perjalanan awak semasa menunaikan haji? Semuanya berjalan lancar kan?’’Soal Encik Khairil setelah melepaskan pelukannya.Dia merenung wajah isterinya yang begitu ayu sekali walaupun usianya telah lanjut.

         ‘’Alhamdullillah abang.Semuanya berjalan lancar.Saya rasa tenang semasa menjadi tetamu ALLAH.’’Air mata Puan Izzati terus mengalir membasahi pipi.

         ‘’Sudahlah,jangan menangis lagi.Hari yang ceria ini tidak sepatutnya disuramkan dengan air mata.Seharusnya ia diraikan dengan senyuman yang sentiasa mekar menguntum di bibir.Okey?’’Pujuk Encik Khairil.Dia mengesat air mata isterinya.Puan Izzati tersenyum sebentar,tetapi seketika kemudian wajahnya berubah muram kembali.

         ‘’Kenapa ni,Zati? Tadi mendung,kemudian cerah,sekarang mendung balik.Awak ni macam cuaca pulak, berubah-ubah.’’Encik Khairil berpura-pura hairan walaupun dia tahu apa yang sedang berada di fikiran isterinya.

         ‘’Saya ingatkan anak-anak,bang.’’

         ‘’Awak bawak-bawaklah bersabar sikit,Zati.Kan dalam masa dua bulan lagi cuti sekolah akan bermula.Iz pun akan balik ke Malaysia masa cuti semester.Awak bermanjalah dengan mereka puas-puas nanti ya?’’Pujuk Encik Khairil.Dalam hati,dia senyum lebar.Kalaulah isterinya tahu yang Zara kini sudah tidak belajar di SMSS.

         ‘’Lama tu,bang.’’Puan Izzati mengeluh.

         ‘’Bersabar sajalah Zati.Kalau awak rasa susah sangat,awak sibukkan diri awak dengan kerja.Tup-tup,bulan Mac dah menjelang tiba.Masa tu, kita pergi bercuti.’’Cadang Encik Khairil.Zara sedikit tersentak dengan cadangan ayahnya yang tidak diduga itu.Habis tu,kalau kami pergi  bercuti,macam mana aku nak….

         ‘’Baiklah.Saya ikut saja apa yang abang kata.Tapi awak jangan lupa,Zara tu setiap kali cuti,mesti dua tiga hari dia akan habiskan kat kampung dia.’’Puan Izzati mengingatkan.

         ‘’Ya,saya tahu.Lagipun saya memang rancang nak pergi ke kampung Zara sekali.Dah setahun lebih kita tak pergi sana.Terakhir masa raya dua tahun lepas kan?’’

         Puan Izzati mengangguk.Zara mengucap syukur dengan jawapan ayahnya.Dalam masa sama dia berasa terharu.Ayah dan mama angkatnya itu memang baik dan sering mengambil berat perihal keluarga kandungnya di kampung.Dia berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian dari keluarga itu walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

        ‘’Abang nak tahu tak apa yang saya doakan semasa saya ada kat sana?’’Pertanyaan Puan Izzati mematikan lamunan Zara.Zara terus memasang telinga.

       Encik Khairil angguk.Puan Izzati senyum.

      ‘’Saya mendoakan agar keluarga kita kekal bahagia selalu dan aman sejahtera.Selain itu,saya doakan agar mak maafkan…’’Puan Izzati berasa sebak kembali.Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dulu,maknya tidak merestui hubungannya dengan Khairil yang berasal dari keluarga miskin.Maknya lebih suka kalau dia berkahwin dengan Azri,anak hartawan yang kaya raya ketika itu.

       Namun disebabkan terlalu mengikutkan darah panas,dia mengambil keputusan untuk lari pada hari pernikahannya.Berpuluh-puluh kali dia memohon ampun kepada maknya kerana tindakan yang telah menconteng arang pada maruah keluarga tetapi hati maknya yang keras itu memang sukar dilenturkan.Namun dia tidak berputus asa.Sekeras-keras kerak nasi pun,lama-lama akan lembut juga.

       ‘’Dahlah tu Zati.Awak tak payahlah mengenang kisah lalu lagi.’’Pujuk Encik Khairil.

       Puan Izzati mengukir senyuman pahit. ‘’Maafkan saya,bang.Tiba-tiba saya jadi emosional pulak bila terkenang kisah lalu.Hemm….kan bagus kalau anak-anak kita,Izham dan Zara…’’

        ‘’Akan spent time dengan mama selalu mulai sekarang.’’Zara bangun sambil tersenyum.

        ‘’Zara?”Mata Puan Izzati terkebil-kebil.Seketika dia terpaku.Dia bagaikan tidak percaya gadis yang begitu manis berbaju kurung itu adalah anak gadis kesayangannya.Ke mana perginya T-Shirt dan topi yang selalu dipakainya?

        ‘’Betullah mama.Zara ni?Mama tak percaya ke?’’Zara ketawa kecil. Zara menghampiri mamanya yang bagaikan tidak mampu bergerak dan memeluk erat tubuh wanita itu.Baru Puan Izzati tersedar dari mimpinya dan memeluk gadis itu dengan erat,melampiaskan rindu yang sudah lama terbuku di dada.

        ‘’Mama rindu sangat kat Zara.Rindu sesangat!’’Puan Izzati merenggangkan pelukan.Manik-manik jernih membasahi pipi kembali.

        ‘’Alah mama,janganlah nangis cenggini.Tengok,celak mama tu dah tanggal dah.Nanti mama tak lawa,ayah cari lain pulak.Betul tak,ayah?’’Pujuk Zara dalam nada gurauan.Dia mengenyit mata kepada Encik Khairil.

        ‘’Alah,mama kamu ni rupa macam mana pun ayah tetap sayang.Maklumlah,satu dalam sejuta.’’Encik Khairil meneruskan usikan,Namun itulah suara hatinya yang sebenar.Dia tidak mungkin akan mencintai wanita lain selain dari Izzati.Cintanya itu tiada galang ganti.

        ‘’Hai…hai…hai…’’Zara angkat-angkat kening. ‘’Nampaknya Zara ni kacau daunlah.Tak baik kacau orang tengah bercintan-cintun ni.Tata…’’Tangan Zara ditarik pantas oleh Puan Izzati dan serentak dengan itu,satu cubikan hingap di pipinya.Zara menjerit kecil.

         ‘’Ha,nilah balasannya sebab usik mama.Perangai sama saja macam abang Iz kamu,tak habis-habis nak usik mama.’’

        ‘’Well,like brother like sister…’’

       ‘’And like father like son and daughter!’’Sampuk Encik Khairil.Dia dan Zara ketawa galak.Puan Izzati menggeleng seraya tersenyum.Dua beranak ni kalau dah berpakat,kantoi aku dibuatnya! Puan Izzati senyum lebar.

        ‘’Ha…kalau senyum macam ni kan cantik,betul tak ayah?’’

        ‘’Mama kamu dalam keadaan apa pun tetap cantik pada pandangan mata ayah.’’

        Wajah Puan Izzati merona merah. ‘’Apalah abang ni cakap macam tu kat depan anak?Tak malu ke?’’

        ‘’Buat apa nak malu. Abang cuma nyatakan yang abang sangat cintakan isteri abang,tu je.’’Kali ini,nada Encik Khairil lebih tegas.Bersungguh-sungguh benar dia.

        Zara hanya senyum sumbing.Dalam diam,dia berharap agar dia akan mendapat suami yang romantik macam ayah dan abah.Berbeza cara,tetapi aman damai rumah tangga.Abah lebih bersifat tenang dan pendiam,sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang pelukis.Ayah pula sentiasa kelakar dan selamba tetapi tetap tegas.

        Ah,siapalah yang nakkan tomboi macam aku ni.Kalau ada orang yang suka pun,mesti mamat tu dibilang buta dan desperate sangat nak ada girlfriend!

        ‘’Mama gembira sangat Zara.Tiga bulan mama tak jumpa kamu.Kamu sibuk dengan kem sekolah kamu,mama sibuk dengan kerja mama.’’Kata-kata Puan Izzati mencantas lamunan Zara. ‘’Tapi,kamu kan sepatutnya…’’

        ‘’Tak mama! Sekarang Zara dah tak study kat SMSS lagi.Zara dah pindah sekolah ke sekolah kat sini,dekat dengan rumah kita.’’Zara memintas percakapan mamanya.

        ‘’Maksudnya,kamu akan belajar kat sekolah tak berasrama lah selepas ni?’’ Puan Izzati menyoal bertubi-tubi.Dia seakan tidak percaya.

         ‘’Yalah Puan Izzati oooi!Anak awak ni dah tak belajar lagi dah kat SMSS tu.Dia akan sentiasa ada kat depan mata awak je sekarang.’’Encik Khairil menyampuk.

         ‘’Betul ke,Zara.Terima kasih banyak-banyak.Tapi bukan ke kamu nak sangat belajar di SMSS dari sekolah rendah lagi.Kalau kamu terpaksa,tak perlulah buat macam ni.’’Puan Izzati mengusap pipi Zara dengan lembut.

          Zara senyum.Dia memeluk bahu mamanya. ‘’Perkara yang paling penting sekali bagi Zara dalam dunia ni adalah kebahagiaan mama dan ayah.Jadi,tak ada gunanya Zara kat sana kalau mama bersedih kat sini.Bagi Zara,belajar di sana selama tiga tahun sudah memadai.Biarlah  Zara berada di samping mama pulak sekarang.’’

          ‘’Terima kasih,sayang.Mama sayangkan Zara.’’Puan Izzati berasa terharu.Dia terbayangkan wajah Izham.Rindunya pada Izham juga sangat menggunung tinggi.Maklumlah,mana ada ibu yang tak rindukan anaknya setelah terpisah lama.Kehadiran Zara di sisi sekurang-kurangnya berjaya mengubati sedikit seksaan yang mengasyikkan itu.Dia melihat Zara yang begitu manis sekali memakai baju kurung.

          Puan Izzati senyum.Izham…

          ‘’Mama,kenapa mama pandang Zara macam tu?’’Tegur Zara apabila melihat Puan Izzati tiba-tiba diam.

         ‘’Errr….’’Puan Izzati sedikit menggelabah apabila ditegur begitu. ‘’Mama dahagalah.Tekak mama terasa haus pulak.’’Ayat itu terpacul dari mulut Puan Izzati.

         ‘’Mama dahaga ke.Kenapa tak cakap dengan Zara awal-awal?’’

         ‘’Tadi mama tak dahaga,sekarang mama tiba-tiba dahaga pulak.’’

         ‘’Maklumlah,stok air mata dah habis.Kenalah tambah bekalan baru.’’

        ‘’Abang ni,memandai je.’’Puan Izzati berkata geram. ‘’Air yang saya minum tu bukannya pergi arah mata,tapi masuk perutlah bang.’’

        ‘’Asalkan namanya air,sama sajalah maksudnya.’’Encik Khairil tidak mengalah.

       Zara ketawa kecil melihat pertelingkahan ayah dan mamanya.Gurau-gurau manjalah katakan! ‘’Mama tunggu kejap.Zara pergi beli air kat mama eh.’’

       ‘’Eh,tak payahlah susah-susah Zara.Mama tak dahaga sangat pun.Minum air kat rumah ajelah.’’Puan Izzati menolak.

      ‘’Jauh tu mama rumah kita dari KLIA ni.Tak campur dengan traffic jam lagi.Tak pasal-pasal mama minum air liur je nanti.Kejap eh.’’Zara berlari-lari anak meninggalkan mereka.

      ‘’Baik anak kita tu.Kan Zati?’’Kata Encik Khairil setelah bayangan Zara menghilang.

      ‘’Ya,memang baik…’’Puan Izzati senyum penuh makna.

        

SETELAH selesai membeli sebotol air mineral dari sebuah kedai serbaneka di situ,Zara bergegas keluar.Semasa dalam keadaan tergesa-gesa itu,tiba-tiba…

         Buk!! Zara terlanggar seseorang.Habis barangan di dalam beg kertas yang dipegang jejaka itu jatuh bertaburan di atas lantai.Air mineral yang dipegang Zara juga jatuh bergolek mengenai kaki lelaki itu.

        ‘’Encik,maafkan saya encik.Maafkan saya.’’Ucap Zara dengan cemas.Dia segera mengutip barang-barang yang jatuh bertaburan tadi.

        ‘’Awak ni buta ke hah?Lain kali jalan tu pakai mata,jangan nak pakai kepala lutut!’’Marah pemuda itu.Dia berdiri tercegat di situ tanpa ada niat mahu membantu.

        ‘’Maafkan saya! Saya betul-betul tak sengaja.’’Zara meminta maaf sekali lagi.Dia memasukkan semua barang yang dikutipnya ke dalam beg kertas tadi.

        ‘’Senang je awak nak mintak maaf kan.Awak ingat saya beli semua barang ni kat mana? Luar negara tahu tak. Kalau ada yang rosak,macam mana awak nak bayar ganti rugi.Tengok muka pun dah tahu yang awak takkan mampu bayar.Orang miskin!’’Cemuh pemuda itu.

        Telinga Zara berdesing mendengar kata-kata pemuda itu.Hai,ni dah melampau! Aku bagi peluang,suka hati mak bapak dia je nak kutuk aku!

        ‘’Kenapa awak diam?Awak dah sedar yang awak salah?Dasar orang miskin!Dahlah pakai baju kurung macam ni.Tak ada class langsung!’’

        ‘’Awak tak berhak nak mengutuk saya dan penampilan saya.Saya kan dah minta maaf,yang awak nak terus melancarkan perang ni apasal?’’Zara akhirnya menghamburkan kemarahannya.Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang drama realiti mereka.

        ‘’Awak ingat dengan kemaafan saja dapat menyelesaikan segalanya?Awak salah!’’Mata pemuda itu mencerlung memandang Zara.Dia tetap menegakkan pendapatnya.

        ‘’Habis tu,apa yang dapat menyelesaikan semua ni,hah?’’

        ‘’Dengan wang,kuasa!Tanpa semua tu,you have nothing!’’

        Zara beristighfar dalam hati.YA-ALLAH,berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi umat Adam ini.Tak sangka yang dalam dunia ini masih ada orang yang mengganggap kekuasaan dan kekayaan mampu menyelesaikan segalanya.Betapa jahilnya dia!

        ‘’Saya minta maaf sekali lagi! Selamat tinggal.’’Zara mengambil keputusan mahu berlalu pergi dari situ.Dia meletakkan beg kertas itu ke lantai.Tiada gunanya dia terus berdebat dengan lelaki yang mempunyai pendirian seperti itu.

        ‘’Bila dah salah,tahu pulak melarikan diri.Pernah tak awak dengar yang setiap perbuatan tu ada balasannya?’’Pemuda itu memijak botol air mineral Zara.Zara terpaku seketika.Dia…dia ni….memang dah melampau!!!! Zara merenung pemuda itu dengan marah sekali.

        ‘’Kenapa dengan awak ni hah? Awak ingat saya nak sangat ke langgar awak.Dengan perangai awak yang macam monster ni,lagilah simpang malaikat empat puluh empat,tau tak!’’

        ‘’Apa awak kata?Awak panggil saya monster?’’Jerkah pemuda itu.Nadanya lebih kasar dari tadi.

        ‘’Minta maaflah saudara.Tapi saya hanya beradab dengan orang yang tahu beradab dengan orang lain.Bukan macam awak! Tahu merosakkan barang orang lain je.’’

        ‘’Okey,okey.Tak payahlah awak nak bersyarah depan saya lagi.Saya tahu caranya nak menghentikan percakapan dari mulut awak yang celupar tu.’’Pemuda itu mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeans birunya.

        ‘’Nah,ambik ni! Orang miskin macam awak tentu perlukan wang ni kan!Duit ni 100 kali ganda lebih banyak dari harga air mineral awak tu.’’Pemuda itu melemparkan beberapa keping wang kertas ke wajah Zara.Wang itu jatuh atas lantai. Zara berasa terhina kerana diperlakukan sedemikian.Kemarahannya sudah berada di paras tertinggi.Pemuda ini mesti diajar!

         ‘’Awak ambiklah duit awak balik! Saya tak perlukannya!’’Zara membuka dompet dan mengeluarkan beberapa keping wang kertas.

         ‘’Nah,ambik ni!’’Zara melemparkan wang itu tepat ke wajah pemuda itu.Mulut pemuda itu sedikit terlopong.Bibir Zara mengukir senyuman luas yang terselit sindiran.Puas hatinya!

         ‘’Awak…’’Sepatah perkataan keluar dari mulut pemuda itu.Nadanya berbaur kegeraman yang amat sangat.Tidak sangka hari ini dia akan dimalukan oleh seorang gadis bawah umur di hadapan orang ramai.Wajahnya yang putih bersih berubah merah padam.

         Zara melebarkan senyumannya.Dia berjalan ke tepi pemuda itu dan berbisik di telinganya.

         ‘’May God bless you!’’

No comments:

Post a Comment