Tuesday, 5 June 2012

Puteriku Anastasia 6


KERETA Kancil itu memasuki kawasan perumahan rumah teres setingkat di Kajang.Zara terus mengelamun.Dia teringatkan peristiwa tadi.Dia membuka dompetnya kembali dan mengeluh.Lima puluh ringgit melayang gara-gara pergaduhan tadi.Ahhh…. bodoh….bodoh!!

       Apabila mereka sampai,sebuah kereta Perdana sudah tersadai di situ.Zara sedikit mengeluh apabila dapat mengecam siapa pemiliknya. Nampaknya hari ini dia terpaksa berhadapan dengan dua orang adik beradik tak sehaluan yang menganggapnya sebagai seteru!

       Puan Izzati turun dari kereta apabila ternampak kelibat pemilik kereta itu.Datin Maryam tersenyum memandangnya.

      ‘’Assalamualaikum Mar.Dah lama sampai?’’Puan Izzati mencium pipi adiknya lembut.

      ‘’Taklah lama sangat,kak.Baru je.Mar….’’

      ‘’Mak Long!’’Belum sempat  Datin Maryam menghabiskan kata-katanya,seorang gadis turun dari kereta dan mencium pipi Puan Izzati bertubi-tubi.Puan Izzati sedikit terkejut dengan tindakan Fatihah,namun dia hanya membiarkan.Zara hanya tersenyum hambar.Kalaulah gadis itu tahu akan kehadirannya….

      ‘’Mak Long,Fatihah rindu sangat dengan Mak Long…’’Rengek Fatihah.Dia masih tidak melepaskan pelukannya.Puan Izzati berasa rimas juga tetapi dia terpaksa membiarkan.

      ‘’Hoi! Kau ni tak reti nak beradab sikit ke hah?”Seorang lelaki pula turun dari kereta.Riak wajahnya kelihatan tidak senang.Bahang cahaya matahari yang menusuk menambahkan lagi panas di hatinya.

      ‘’Kau diamlah.Sibuk je.Mak Long tak kata apa-apa,kau tu yang melebih-lebih.’’Fatihah menjelirkan lidahnya pada Fariz.

      ‘’Dahlah tu.Mak Long kan baru balik.Kamu berdua ni asyik nak bergaduh je.Fariz,kamu sebagai abang mengalahlah sikit.’’Datin Maryam campur tangan.Fatihah senyum lebar mendengar Datin Maryam membelanya.Fariz mengeluh. Faham sangat dengan sikap mama yang lebih mengutamakan Fatihah,anak kesayangannya itu.

        ‘’Tak manis pulak rasanya kalau kita terus berbual-bual kat sini.Mari kita masuk rumah,barulah kita bercerita panjang.’’Sampuk Puan Izzati,cuba meleraikan keadaan dari terus menjadi tegang. Fatihah berasa terkejut apabila melihat Zara turun dari kereta setelah kereta siap diparkirkan.

        ‘’Apa yang kau buat kat sini?’’Tanya Fatihah kurang senang.Dia meneliti Zara dari atas ke bawah.Hai,tomboi nak tukar jadi perempuan sejati balik?

        ‘’Salahkah aku ada kat rumah aku sendiri?’’Ucap Zara selamba.

        ‘’Apa kau kata tadi?Hei,ni bukan…’’Fatihah menghentikan kata-katanya apabila dia menyedari mak longnya masih berada di situ.Dia tahu yang Puan Izzati memang tak suka kalau ada orang cuba nak hina Zara.

        ‘’Dah habis cakap?’’Soal Zara sambil senyum nipis.Fatihah semakin sakit hati.Dasar anak pungut! Zara tidak mempedulikan Fatihah lagi.Dia menuju kepada ibu saudaranya yang berdiri di muka pintu.Dia juga tidak mempedulikan mata Fariz yang terbelalak melihatnya.

        ‘’Apa khabar Mak Ngah?Sihat?’’Zara menyalami tangan Datin Maryam dengan lembut.Datin Maryam senyum seraya mengangguk.Walaupun Zara hanya anak angkat kakaknya,tetapi dia sudah menganggap Zara sebagai sebahagian dari keluarga mereka.Perangai gadis itu yang baik juga menyenangkan.

        ‘’Jemputlah masuk Mar.Rumah kakak ni biasa aje,taklah semewah rumah kamu.’’Pelawa Puan Izzati,merendah diri.Rumah itu kecil saja,malah ruang tamunya juga agak sempit.

        ‘’Tak baik kakak cakap macam tu.Rumah ni pun rumah jugak,asalkan ada tempat berteduh dah cukup.’’Datin Maryam menyanggah tegas.Puan Izzati hanya tersenyum.Dia tahu yang adiknya itu tidak memandang pangkat dan darjat,sama seperti suaminya Azri.

        ‘’Buatlah rumah ni macam rumah sendiri ya,Mar.Abang masuk bilik dulu ya.Ada kerja sikit nak buat.’’Encik Khairil mencelah setelah agak lama mendiamkan diri.

        ‘’Hai abang.Tak nak minum air dulu ke?’’

        ‘’Tak apalah Zati.Nanti kalau abang nak air,abang ambik sendiri.’’Encik Khairil menolak.Puan Izzati mengangguk. Encik Khairil bergegas masuk ke dalam bilik.Sebetulnya,dia tidak betah apabila bersemuka dengan Maryam.Rasa bersalahnya masih menggunung tinggi walaupun Maryam tidak pernah menyimpan dendam.Tetapi dia tahu,sedikit sebanyak hati Maryam terluka.

        ‘’Mama,mama perasan tak yang ada seorang tomboi ni nak tukar jadi perempuan balik?’’Ujar Fatihah sinis setelah Puan Izzati menghilang ke dapur.Suaranya dikuatkan agar Zara akan mendengarnya.Zara hanya membisu.

         ‘’Siapa tu sayang?’’Tanya Datin Maryam,tidak mengerti akan maksud Fatihah.

         ‘’Alah,takkan mama tak perasan.Dia duduk dekat sangat dengan mama,bahkan dia pun ada kat dalam rumah ni jugak.’’Serentak dengan itu,ketawa Fatihah berderai.Datin Maryam terkedu.Zara pula hanya diam.Dia memang tak akan membalas setiap sindiran Fatihah setiap kali berada bersama Datin Maryam.Bukan nak tunjuk baik,tetapi dia malas nak bergaduh di hadapan orang yang lebih tua.

         Mata Fatihah melingas sekeliling. ‘’Hemmm…Kalau nak dibandingkan rumah kita dengan rumah Mak Long,baik rumah kita jauh lebih mewah kan mama.

         Ah,dah mula dah,Zara mengeluh perlahan. Zara semakin tak selesa.Telinganya sudah panas.Tadi dia ikut ke dapur,mama tak benarkan.Kononnya tak baik membiarkan tetamu bersendirian.Dan inilah padahnya.Tak pasal-pasal dia terpaksa menadah telinga mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir gadis sombong itu.

         ‘’Ish,tak baik cakap macam tu.Dah ditakdirkan rezeki kita lebih dari Mak Long.Entah-entah suatu hari nanti Mak Long akan dapat rumah yang lebih besar dari kita,siapa tahu?’’Datin Maryam menegur dengan cara lembut.

        ‘’Errr….Zara.Macam mana Zara boleh ada kat sini sekarang? Bukan Zara belajar kat sekolah berasrama penuh ke?’’Datin Maryam cuba mengalih topik perbualan apabila melihat Fatihah mahu membuka mulut.

      ‘’Zara dah tak belajar kat sana lagi Mak Ngah.Zara dah berpindah sekolah ke sini.’’Jawab Zara selamba. Dia menjeling Fariz yang asyik merenung wajahnya tanpa berkalih sedikitpun.Korek bijik mata kang,baru tahu!

      ‘’Lah,kenapa Zara nak pindah sekolah?Sekolah tu tak cukup bagus ke?’’

      ‘’Bukan macam tu.Sebenarnya….’’

      ‘’Sebenarnya bukan sekolah tu yang tak bagus,tapi dia yang tak bagus!Mesti dia ada buat sesuatu yang salah,sebab tulah sekolah tu buang dia.Kalau dah dasar….’’

      ‘’Dasar apa Fatihah?’’Suara Puan Izzati mengejutkan Fatihah.Puan Izzati datang dengan membawa dulang yang berisi lima gelas air.

      ‘’Errr…dasar…dasar….’’Fatihah tergagap-gagap.Dia sudah kehilangan kata-kata kini.Macam mana kalau Mak Long tahu yang dia selalu menghina Zara? Habislah peluangnya untuk bergelar menantu di rumah itu! Fatihah menelan liur.

      ‘’Dasar pecah dan perintah mama.Dulu kan masa Brooke menakhluki Sarawak dia mengamalkan dasar ni untuk memastikan agar semua kaum tidak bersatu untuk menentangnya.’’Zara tiba-tiba menyampuk.

      ‘’Ohh…macam tu ke.Kalau tak silap mama,itu sukatan pelajaran sejarah form 2 kan? Mama dah lupalah sayang.Maklumlah dah sampai waktu senja-senja ni.Mana nak ingat lagi semua hal pasal Brooke-Brooke tu.Betul tak Mar?’’Puan Izzati duduk di sebelah Zara setelah meletakkan semua gelas di atas meja.

      ‘’Betul apa yang kak Zati cakap tu.Pandailah Zara ni.Patutlah boleh dapat 8A dalam PMR.’’Puji Datin Maryam.Dalam hati,dia mengucap syukur.Dia mengagumi Zara yang begitu penyabar sekali sekalipun telah dihina dengan teruk sekali. ‘’Ya tak ya jugak.Masa buat umrah tu seronok tak kak?’’

       ‘’Alhamdullillah.Kakak bersyukur sangat Mar.Banyak sangat ilmu yang kakak dapat sepanjang berada di sana.Masa buat umrah tu barulah kakak sedar betapa besarnya keagungan ALLAH dan betapa kerdilnya kakak sebagai hamba-NYA.’’

       ‘’Baguslah kakak kalau macam tu.Saya bersyukur atas semua ini.Di sana kakak doa apa?’’

       ‘’Doa?’’ Puan Izzati senyum. ‘’Tak banyak yang akak minta Mar.Akak hanya minta agar keluarga kita sentiasa sejahtera dan murah rezeki,anak-anak akak sentiasa berada di samping kakak dan…’’Puan Izzati memandang Zara dan mengucup ubun-ubun kepalanya. ‘’Akak harap gadis nakal ini akan menjadi orang yang lebih matang nanti.’’

        ‘’Nakal?’’Datin Maryam tersengih. ‘’Ohh…barulah Mak Ngah tahu yang anak saudara Mak Ngah ni nakal orangnya.’’

        ‘’Mana ada Mak Ngah.’’Wajah Zara merona merah.

       ‘’Ya ke? Habis tu yang Zara bagi mama surprise kat KLIA tadi sampai jantung mama terasa macam nak terkeluar tu tak boleh dikategorikan sebagai nakal ke?’’

       Zara tidak mampu berkata apa-apa lagi. Melihat Fariz yang tersengih-sengih sampai ke telinga membuatkan dia meluat.Seronok sangatlah tu.Lepas ni adalah trick nak kutuk aku lagi!

       ‘’Nakal nakal pun,Zara still dapat 8A kan.Kiranya ni nakal-nakal berisilah.’’Sambung Datin Maryam lagi setelah selesai ketawa.

       ‘’Alhamdullillah Mar.Semua ini rezeki daripada Allah.’’Ujar Puan Izzati tenang.

       ‘’Alah,kalau setakat dapat 8A je,apalah sangat.Petik jari je,terus boleh dapatlah!’’Fatihah tidak mampu menyembunyikan rasa bencinya lagi.Dari tadi asyik Zara,Zara,Zara!Apa yang bagus sangat pasal perempuan yang tak tahu asal usul ni?

       ‘’Emmm…mama.Mama kata mama nak bagi Riz motorsikal yang Riz nak kalau Riz dapat 8A.Bila mama nak kotakan janji mama tu?’’Fariz yang sejak tadi berdiam diri pula bersuara.

       ‘’Nantilah sayang.Mama dah order motorsikal tu.Dalam masa seminggu lagi Riz dapatlah motorsikal idaman Riz tu.’’

       ‘’Betul ke mama?’’Fariz tersenyum ceria. ‘’Thanks mama.I love you.Ingatkan mama dah lupa tadi.Risau Riz dibuatnya.Jantung Riz nak luluh dibuatnya tadi.’’

       ‘’Oh,kalau macam tu seronoklah kamu Fariz.Zara ni Riz,tak sempat Mak Long nak bagi dia hadiah,dia yang bagi Mak Long hadiah dulu.Mak Long gembira sangat sebab Zara dah kembali ke sini.’’Puan Izzati mengucup rambut Zara dengan penuh kasih sayang.

       ‘’Zara memang anak yang baik.’’Puji Datin Maryam lagi.

        Fatihah mendengus.Geram apabila mendengar pujian terus-terusan diberikan kepada Zara.Cemburu menguasai diri.Dia mengalihkan pandangannya kepada mamanya.

       ‘’Mama,takkan Riz je yang dapat hadiah? Habis tu,hadiah Fathy mana?’’Tanya Fatihah dengan kasar.Datin Maryam sedikit terkejut.

       ‘’Nanti mama belikanlah untuk Fathy ya?’’Pujuk Datin Maryam.Dia tahu kalau dibiarkan,Fatihah boleh mengamuk di situ juga.

       ‘’Ahh…tak peduli.Fathy nak hadiah Fathy sekarang jugak.Mama memang tak adil.Mama beli hadiah untuk Fariz je.Mama langsung tak ingat Fathy.’’Fatihah menghentak kakinya geram.

       ‘’Wei Fatihah, mama bagi aku hadiah ni sebab aku dapat 8A.So,aku memang berhak menerimanya.Tapi kau?’’Fariz senyum sinis. ‘’Setakat dapat 3B 3C 2D dengan tak ada A langsung,ada hati nak minta hadiah lagi. Haihhh…’’

       ‘’Kau…’’Fatihah menudingkan jari telunjuknya ke arah Fariz.Terketar-ketar tangannya. ‘’Kau memang tak guna!’’

       ‘’Tak seguna-guna aku pun,dapat jugaklah aku merasa dapat 8A.Oh ya,bukan ke tadi kau kata nak dapat 8A tu senang.Petik jari,terus dapat.Habis tu,kenapa kau tak dapat eh?’’Fariz menggaru kepalanya,berpura-pura hairan.Zara bagaikan hendak ketawa,tetapi ditahan saja.

       ‘’Mama,tengoklah Fariz tu…’’Fatihah merengek kepada mamanya pula.  

       ‘’Sorry sayang.Mama tak boleh nak buat apa-apa.’’Datin Maryam tidak menyebelahi Fatihah kali ini.Fariz tersengih,tanda kemenangannya.

       ‘’Ah,mama dengan Fariz sama saja!’’Bentak Fatihah.Wajahnya lebih masam dari tadi.

       ‘’Dahlah tu.Tak baik bergaduh.’’Puan Izzati cuba menenangkan keadaan.

       ‘’Mama,Mak Ngah.Zara masuk dalam bilik dulu ya.’’Zara bangun dari sofa.Sebelum dia terus mengumpul dosa percuma,lebih baik dia beredar.

       ‘’Eh,kenapa nak masuk sangat.Mak Ngah belum sempat nak berbual panjang dengan kamu lagi.’’Datin Maryam bersuara hampa.

       ‘’Tak apalah,Mak Ngah.Mak Ngah berbual sajalah dengan mama.Zara kan budak bawah umur lagi,mana boleh campur hal orang dewasa.’’

         Datin Maryam dan Puan Izzati ketawa kecil seraya mengangguk.Fatihah semakin sakit hati.Gadis ini mesti diajar.Tiba-tiba Fatihah mendapat satu idea  untuk mengenakan Zara. Biar kali ini Zara pula yang malu.

        Zara menyalami tangan Puan Izzati.Puan Izzati menghadiahkan kucupan lembut di dahi Zara.Ketika Zara mahu pergi ke arah Datin Maryam,tiba-tiba Fatihah menyadung kakinya.Zara sedikit terkejut.Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan tubuhnya terdorong ke depan.Dengan sepantas kilat,Fariz menyambut tubuh Zara dari jatuh menyembah lantai.

        Zara dan Fariz terkaku.Mereka berpandangan seketika.

No comments:

Post a Comment