Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 7


TAUFIK terjengket-jengket menuruni tangga.Tangan kirinya memegang helmet dengan kejap sekali.Sambil-sambil itu dia memandang sekeliling.Setelah memastikan ayahnya tiada,dia menuruni tangga dengan pantas.Dia melihat jam tangannya.Pukul 10.00 malam.Bagi anak-anak yang mengikut kata orang tua,waktu itu adalah waktu sesuai untuk tidur tapi kalau bagi dia…mestilah menerewang merata!

        Taufik berjalan perlahan-lahan ke pintu masuk utama.

        ‘’Hemm…hemm…’’Deheman itu mengejutkan Taufik. Dia mengalihkan pandangannya ke belakang.Wajah Encik Nurdin kelihatan tegas sekali.

        ‘’Ha…hai…ayah.’’Taufik cuba mengukir senyuman.Hanya ALLAH saja yang tahu betapa jantungnya mahu luruh ketika itu.

        ‘’Kamu nak pergi ke mana Fik?’’Tanya Encik Nurdin serius.Dia memandang Taufik yang begitu rugged sekali dengan seluar jeans dan baju berlukisan tengkorak yang dipakainya.Sebijik macam ahli kumpulan black metal!

        ‘’Nak keluar dengan kawan,ayah.’’Jawab Taufik selamba.

        ‘’Keluar dengan kawan?’’Encik Nurdin mengerling jam di dinding. ‘’Kan dah lewat malam ni,nak keluar apa lagi.Kan esok kamu sekolah.Bercadang nak ponteng lagilah tu.’’Leter Encik Nurdin.Walaupun dia sering tiada di rumah,tetapi dia tetap ambil berat pasal Taufik. Encik Muthu diminta menjadi pemerhati.Dan hasilnya tidak mengecewakan.Encik Muthu telah menunjukkan semangat kejiranan yang baik dengan melaporkan segala kegiatan Taufik kepadanya.

        ‘’Oh,jadi ayah dah tahulah yang Fik selalu ponteng sekolah.Hemm…not bad.Ayah ambik berat jugak pasal Fik ya.’’Taufik tersenyum sinis.Dia sudah dapat mengagak siapa yang menjadi pengintip.Siaplah kau nanti!

        ‘’Mestilah ayah ambik berat pasal kamu.Kamu kan anak ayah!’’

        ‘’Walaupun kehadiran anak ayah ni sememangnya tak pernah diharapkan dalam keluarga ni,malah menyusahkan?’’

        Soalan Taufik membuat Encik Nurdin terkedu.Dia terpana seketika.

        ‘’Apa yang kamu cakap ni Fik?’’Soal Encik Nurdin terketar-ketar.Senyuman Taufik semakin melebar.

        ‘’Ayah tak perlulah bersusah payah lagi.Fik dah tahu semuanya.Fik dah tahu,ayah!’’Nada suara Taufik kali ini tidak lagi main-main dan selamba seperti selalu,sebaliknya berubah tegas.Renungan matanya menusuk ke tangkai hati Encik Nurdin.

        ‘’Fik,ayah…’’

        ‘’Sudahlah ayah.Ayah tak perlu terangkan apa-apa lagi pada Fik.Mulai saat ni,biarkanlah Fik pilih jalan hidup Fik sendiri.’’Setelah selesai berkata-kata,Taufik keluar dari rumah teres dua tingkat itu.Dalam beberapa saat,enjin motorsikal berkuasa tingginya kedengaran menderum meninggalkan pekarangan rumah.

        Encik Nurdin hanya mampu melihat kelibat Taufik yang semakin menghilang di sebalik kegelapan malam.Dia berasa hiba tiba-tiba.Dia duduk di atas sofa dan menanggalkan cermin mata.Dugaannya ternyata benar.Taufik telah mendengar segala-galanya!



‘’BOLEH tak kalau dalam sehari tu awak duduk je kat rumah,Mah?’’Soal Encik Nurdin tegas.Dia mundar mandir di hadapan isterinya yang tengah kelam kabut mengemas pakaian.

      ‘’Abang ni jangan nak berleter boleh tak? Dahlah kepala otak saya tengah runsing!’’Puan Ruzaimah sedikit menengking.Panggilan dari Puan Sri Sharifah Khadijah sebentar tadi yang mengajaknya ke seminar di Hong Kong tidak boleh dilepaskan.Ia penting untuk menaikkan lagi tarafnya dalam persatuan.

      ‘’Abang asyik fikir serabut awak je! Serabut saya ni,awak tak nak fikir pulak!’’Jerkah Encik Nurdin.Kepalanya betul-betul runsing ketika itu kerana gagal mendapatkan tender untuk syarikatnya.

      ‘’Sudahlah abang.Saya tak nak bergaduh lagi dengan abang!’’Puan Ruzaimah menutup zip beg rodanya.Dia menyorong beg itu ke arah pintu bilik.

      ‘’Hei,awak nak pergi mana hah dengan beg-beg ni semua?’’Encik Nurdin menarik tangan Puan Ruzaimah,menghalangnya dari keluar.

      ‘’Lepaslah abang.Puan Sri Sharifah Khadijah tengah tunggu sayalah bang.’’Puan Ruzaimah berkata resah.Tinggal dua jam setengah lagi sebelum kapal terbang ke Hong Kong berlepas.

      ‘’Siapa yang benarkan awak pergi? Dah,saya tak izinkan.Awak duduk saja kat rumah. Masih ramai lagi orang yang boleh gantikan tempat awak.’’Encik Nurdin membuat keputusan.Hatinya tercalar apabila isterinya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya.Terasa dirinya tidak dihargai sebagai seorang suami.

      ‘’Abang jangan cuba nak halang saya! Kalau saya kata saya nak pergi,saya akan pergi! Lagipun,apa yang saya dapat kalau sekadar duduk kat rumah je?”

       ‘’Hei Mah,awak lupa ke yang awak ada anak.Taufik tu masih kecil,dia memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari seorang ibu!’’

       ‘’Itu adalah urusan abang,bukannya urusan saya!’’Puan Ruzaimah menjuihkan bibir.

       ‘’Masya-ALLAH.Mengucap Mah!Awak sedar tak apa yang awak tengah cakap sekarang.Taufik tu kan anak awak!’’

        ‘’Suka hati abanglah nak kata apa pun.Mah tak peduli.Dari dulu lagi Mah dah cakap,Mah tak nak anak! Mah dah bagi amaran awal-awal,Mah tak nak apa-apa pun menjadi penghalang kepada cita-cita Mah!’’

         ‘’Walaupun suami awak sendiri?’’Encik Nurdin merenung sedalamnya bola mata isterinya.Mata yang pernah menggegarkan jiwanya dulu.

         ‘’Yes! Anything yang boleh menjadi penghalang kepada cita-cita Mah.Sekarang,abang uruskan sendiri pasal Fik tu. Dulu abang yang nak sangat dia kan.Sekarang pergilah tatang anak abang tu puas-puas.’’Setelah selesai berkata-kata,Puan Ruzaimah memulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu.Hati Encik Nurdin betul-betul terluka.Tidak disangka yang wanita yang pernah berjanji mahu sehidup semati dengannya akan bersikap sebegitu rupa!

          Sejak dari hari itu,Encik Nurdin dapat mengesan perubahan dalam diri Taufik.Anak kecil yang dulunya polos dan baik hati,berubah menjadi nakal dan suka sakitkan hati orang lain.Cuma dia tidak tahu puncanya kepada perubahan itu.Dan kini,dia sudah tahu!



TAUFIK menghisap rokok itu sedalam-dalamnya.Tujuannya hanya satu,mahu melepaskan kerunsingan atas peristiwa tadi.

         ‘’Wei brother,apahal lu ni.Serabut semacam nampak wa tengok.’’Ucap Rakin sambil menghidu gam cap senapang yang baru dibelinya tadi.Nikmatnya menusuk dalam diri dan membelenggu jiwa.  

       ‘’Tak ada ah.Gua runsing sikit pasal bapak gua tadi.Bising masa gua nak keluar.Kecohlah dia tu.’’

       ‘’Lu cuba hidu benda ni tengok.Kalau lu try sekali,gerenti lu akan berdengung sampai esok pagi.’’Rakin menghulurkan gam cap senapangnya pada Taufik.Taufik menggeleng.

       ‘’Sorry ah.Gua tak main benda-benda ni semua.’’Taufik mengeluarkan puntung rokok terakhir.Kemudian,dia mencampakkan kotak rokok itu ke dalam longkang.Beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu menjeling ke mereka berdua.Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada juga yang menggelengkan kepala.

       ‘’Apa tengok-tengok?Tak pernah tengok orang ke hah?’’Taufik menjegilkan matanya kepada kumpulan itu.Segera mereka berlalu dari situ.Taufik mendengus.Penakut!

       ‘’Tengok dia orang tu.Sesuka hati je nak hina orang macam kita.Macamlah dia orang tu bagus sangat.’’Rungut Taufik.Dia menyalakan api dan menghembus asap dengan kasar.Suasana di situ semakin lengang.Maklumlah hari sudah semakin menjelang malam.

       ‘’Dunia ni memang kejam,Fik…’’Ucap Rakin.Dia kelihatan semakin mamai.Kepalanya bergoyang merata. ‘’Bapak gua meninggal.Mak gua kahwin lain.Kemudian,gua adik beradik kena sepak sana sini macam bola…gua adik beradik macam bola…macam bola yang lu selalu sepak…’’Rakin ketawa sendirian.Dia bangun dan berjalan terhuyung hayang di sekitar kawasan itu sambil merepek yang bukan-bukan.Taufik tidak peduli.Biarlah Rakin meluahkan perasaannya.Biar perasaannya tenang.Dia dan Rakin sama saja.Dua-dua anak tersisih.Kerana itu mereka menjadi rapat dan sering saja ke mana-mana bersama.Bezanya,Rakin sudah tersasar terlalu jauh manakala dia masih mampu mengawal diri.

       ‘’Wei Fik,apahal dengan Kin tu?’’Soal seseorang dari belakang Taufik.Taufik berkalih.Sharif datang dengan senyuman sumbingnya yang langsung tak menawan.

       ‘’Dia overdos kot,sebab tulah meracau tak tentu hala.Plan kita malam ni tak jadilah.Batalkan ajalah perlumbaan dengan Kay tu.’’Arah Taufik.

       ‘’Alah,tak macho ah macam tu.Nanti dia orang ingat kita ni kecut pulak.’’ Bantah Sharif.

       ‘’Habis tu,lu ingat kalau geng Kay keparat tu tengok keadaan Kin sekarang,kita boleh jadi macho ke,hah? Cuba lu cerita sikit sama gua.’’

       ‘’Okeylah,okeylah.Gua ikut cakap lu,okey.’’Sharif mengalah.Dia mendail nombor telefon Kay dan bercakap dengannya beberapa ketika.Taufik tak berminat nak mendengar.

       ‘’Kay kata dia nak naik harga .Dua kilo untuk perlumbaan akan datang.Macam mana bro?’’Soal  Sharif setelah beberapa ketika bercakap dengan Kay.

       ‘’Set!’’

       ‘’Okay ah,Kay.Chow.’’Sharif mematikan talian.Dia duduk di sebelah Taufik.

       ‘’Banyak duit lu,Fik.Kay tu bukannya mudah dikalahkan.Ramai geng seangkatan kita dah tumpas di tangan dia.’’Sharif mengingatkan.

       ‘’So what?’’Taufik tersenyum sinis. ‘’Gerenti gua akan kalahkan dia nanti.So,tak payahlah susah-susah nak himpun duit semua ni.’’

       ‘’Maksud lu,lu tak ada duit.Gitu?’’Soal Sharif seolah tidak percaya.

       ‘’Relakslah bro.Gua gerenti akan kalahkan dia punya.Lu tak payahlah bikin semak kepala otak,okay.Rakin tu nampak macam nak lentok saja. Dia tidur rumah siapa pulak malam ni?’’

       ‘’Hemmm…kalau tak silap gua,rumah mak cik dia yang suami dia kena tahan kat pusat serenti tu.’’

       ‘’Baguslah.Bapak sedara penagih dadah setia,anak sedara penghidu gam tegar.Pasangan yang serasi.’’

       Sharif tergelak mendengar kata-kata Taufik. ‘’Jahat jugak eh mulut lu ni Fik.’’

       ‘’Dahlah,sekarang ni lu tak payah semak-semak kepala fikir pasal benda ni.Sekarang,aku ada plan rancak punya.’’ Ujar Taufik,mengukir senyuman jahatnya.



DIA berkalih sekejap ke kiri,sekejap ke kanan.Namun matanya masih tidak mahu lelap walaupun rasa mengantuk sudah menerjah ke dalam diri.Zara memandang siling biliknya terkebil-kebil.Rasa malunya disebabkan peristiwa siang tadi masih tidak hilang. Berselirat rasa geram untuk Fatihah berkumpul di jiwanya.Dia tahu yang Fatihah sengaja menyadung kakinya tadi kerana mahu mengetawakannya.Dan memang dia terjatuh,tapi dia jatuh dalam pangkuan Fariz! Ahh,kalaulah masa boleh diputar kembali,dia lebih rela jatuh terjelopok atas lantai!

     ‘’Ahh,dari aku sibuk fikir pasal dia.Lebih baik aku periksa e-mel aku.’’ Dia bangkit dari pembaringannya dan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.Dia duduk di atas kerusi dan menghidupkan skrin komputer.

    

            Kebanyakan e-mel yang dihantar kepadanya daripada Izham.Izham memang rajin menghantar e-mel  kepadanya.

     

       - Hai bucuk-bucuk abang!How r u 2day?Berdebar x nak b’lajar kat sekolah baru nanti?

       - Hai sayang!Abang nak makan marshmallow ni.Lepas ni ais krim pulak.

       - Zara kenapa tak balas?R u okay?

       - Pleasee tlg bls.Jgn buat abg risau.

  

         Zara tersenyum. Jarinya pantas menekan kekunci komputer.

   

         Don’t worry.I’m ok!!!Plus….Heloooo!!!Mana ada Zara bucuk.Abg tu kot yg bucuk.Maklumlah mat saleh ni kan jrg mandi.Huhuhu…

       

         Zara menekan kolum ‘send.’Setelah itu,Zara memeriksa YMnya pula.Zara mendapati bahawa ada seorang rakan baru telah addnya.Dia juga sedang online sekarang.saha_boywhocries? Hemm…

          

           <Saha> Hai,nak berkenalan boleh tak?

No comments:

Post a Comment